“Hijab can take many forms”
Statement ni
tak salah. Malah yang paling aku sokong. Sememangnya hijab itu adalah sesuatu
yang kita pakai untuk menutup aurat kita yang dari pandangan orang sekarang
hanya sekadar rambut sekali gus kepala kita. So pakai lah semua jenis fesyen
tudung sekali pun, yang penting menutup aurat. Tapi aurat(yang perlu di tutup
dengan tudung ni) sebenarnya dari mana ke mana?
Dalam surah An-Nur
ayat 31. Allah bagitau kat kita supaya wanita-wanita yang beriman ini melabuhkan
kain tudung hingga menutupi dada. So labuhkanlah tudung sampai paras dada. And,
and, seriously guys, bukak sikit minda tu. Labuhkan tudung tu bukanlah aku nak
suruh korang pakai tudung besar bidang 50/60 tu. Like, seriously? Itu je ke
definisi tudung labuh yang korang tau?
Seriuosly
talking guys, maksud melabuhkan tudung adalah memakai tudung yang menutup dada
tu. Pakai tudung ekin tu pun boleh yang penting tutup dada. Kira tudung labuh
la tu. Dan, dan jangan pulak pakai yang takat takat ngam ngam tutup dada, tapi
bila angkat tangan, ternampak pulak bahagian dada tu. Haaaa tu maksudnya tak
cukup labuh lagi la tu. Labuhkan lagi skit sampai bila angkat tangan, dada tu
tak nampak. InsyaAllah, korang akan termasuk dalam golongan orang yang
bertudung labuh. And bagi yang pakai tudung bawal, pastikan tudung tu tak
jarang sampai menampakkan bahagian leher. leher pu dalam kategori aurat part
kepala jugak. So pakai tudung dalam. Inner tudung, cover leher.
So sekarang
ni boleh la pakai tudung apa sekali pun, fesyen apa pun, tapi ubah skit gaya,
bagi tutup dada. Pakailah tudng kilat yang Yuna selalu pakai tu. Pakailah
pashmina yang macam-macam corak tu. Pakailah tudung ekin yang banyak
manic-manik tu. Macam ada orang cakap, pakai tudung tu tak wajib, tapi menutup
aurat tu yes! Wajib! macam dalam gamba tu, siap pakai kotak lagi nak tutup
aurat dia. Haaaa tu pun bleh ape. Nak pakai baldi pun boleh, kalau ada yang
muatlah.
Kalau dah tau macam tu kenapa dorang tetap
suka pakai tudung besar tu?
Sebab dorang
nak amek jalan yang konfem selamat. Yang konfem akan menutup dada mereka. So
dorang pilih untuk guna tudung yang besar-besar tu. Boleh je kalau dorang nak
mempelbagaikan fesyen tudung dengan tudung besar tu. Kalau dorang nak. Tapi
maseh lagi menutup dadalah.
“Pelbagai fesyen
tudung tak semestinya dapat melabuhkan tudung, tapi dengan melabuhkan tudung
semestinya dapat mencuba pelbagai fesyen tudung.”
Still, kita
boleh nampak cantek, boleh tutup aib, takkan ketinggalan dengan kawan-kawan
dalam bab fesyen. Ish, ish, ish, niat utama kita jangan pulak lupa, menutup
aurat kerana nak kan redha Allah. BIla kita tangok cermin time nak set set
tudung tu, doalah: “Ya Allah, sempurnakan akhlakku seperti mana Engkau
semprunakan kejadianku”.
Semoga isi
sampai. Wallahualam.
P/s: Sebenanya
aku tak berkenan bila orang kata aku ni bertudung labuh. Aku lebih suka term
tudung besar. Aku pun tak tau kenapa aku lebih suka term tu. Mungkin sebab
sebelum ni aku pun bertudung biasa tapi aku labuhkan, dan sekarang aku
bertudung besar yang dah konfem labuh. So aku kurang selasa bilamana orang
label aku tudung labuh tapi kawan-kawan aku yang juga melabuhkan tudung tapi
pakai tudung yang kecik skit dari aku dorang tak label plak. Paham tak apa yang
aku try sampai kan? Aku tak suka bila orang sempitkan memikiran dorang yang
tudung labuh adalah dorang dorang yang pakai tudung bidang 50/60. Bukak minda
skit.