Friday, 21 September 2012

Hijab can take many forms.


            
“Hijab can take many forms”

Statement ni tak salah. Malah yang paling aku sokong. Sememangnya hijab itu adalah sesuatu yang kita pakai untuk menutup aurat kita yang dari pandangan orang sekarang hanya sekadar rambut sekali gus kepala kita. So pakai lah semua jenis fesyen tudung sekali pun, yang penting menutup aurat. Tapi aurat(yang perlu di tutup dengan tudung ni) sebenarnya dari mana ke mana?
          
Dalam surah An-Nur ayat 31. Allah bagitau kat kita supaya wanita-wanita yang beriman ini melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada. So labuhkanlah tudung sampai paras dada. And, and, seriously guys, bukak sikit minda tu. Labuhkan tudung tu bukanlah aku nak suruh korang pakai tudung besar bidang 50/60 tu. Like, seriously? Itu je ke definisi tudung labuh yang korang tau?
          
Seriuosly talking guys, maksud melabuhkan tudung adalah memakai tudung yang menutup dada tu. Pakai tudung ekin tu pun boleh yang penting tutup dada. Kira tudung labuh la tu. Dan, dan jangan pulak pakai yang takat takat ngam ngam tutup dada, tapi bila angkat tangan, ternampak pulak bahagian dada tu. Haaaa tu maksudnya tak cukup labuh lagi la tu. Labuhkan lagi skit sampai bila angkat tangan, dada tu tak nampak. InsyaAllah, korang akan termasuk dalam golongan orang yang bertudung labuh. And bagi yang pakai tudung bawal, pastikan tudung tu tak jarang sampai menampakkan bahagian leher. leher pu dalam kategori aurat part kepala jugak. So pakai tudung dalam. Inner tudung, cover leher.
       
So sekarang ni boleh la pakai tudung apa sekali pun, fesyen apa pun, tapi ubah skit gaya, bagi tutup dada. Pakailah tudng kilat yang Yuna selalu pakai tu. Pakailah pashmina yang macam-macam corak tu. Pakailah tudung ekin yang banyak manic-manik tu. Macam ada orang cakap, pakai tudung tu tak wajib, tapi menutup aurat tu yes! Wajib! macam dalam gamba tu, siap pakai kotak lagi nak tutup aurat dia. Haaaa tu pun bleh ape. Nak pakai baldi pun boleh, kalau ada yang muatlah.

Kalau dah tau macam tu kenapa dorang tetap suka pakai tudung besar tu?

Sebab dorang nak amek jalan yang konfem selamat. Yang konfem akan menutup dada mereka. So dorang pilih untuk guna tudung yang besar-besar tu. Boleh je kalau dorang nak mempelbagaikan fesyen tudung dengan tudung besar tu. Kalau dorang nak. Tapi maseh lagi menutup dadalah.

“Pelbagai fesyen tudung tak semestinya dapat melabuhkan tudung, tapi dengan melabuhkan tudung semestinya dapat mencuba pelbagai fesyen tudung.”

Still, kita boleh nampak cantek, boleh tutup aib, takkan ketinggalan dengan kawan-kawan dalam bab fesyen. Ish, ish, ish, niat utama kita jangan pulak lupa, menutup aurat kerana nak kan redha Allah. BIla kita tangok cermin time nak set set tudung tu, doalah: “Ya Allah, sempurnakan akhlakku seperti mana Engkau semprunakan kejadianku”.

Semoga isi sampai. Wallahualam. 


P/s: Sebenanya aku tak berkenan bila orang kata aku ni bertudung labuh. Aku lebih suka term tudung besar. Aku pun tak tau kenapa aku lebih suka term tu. Mungkin sebab sebelum ni aku pun bertudung biasa tapi aku labuhkan, dan sekarang aku bertudung besar yang dah konfem labuh. So aku kurang selasa bilamana orang label aku tudung labuh tapi kawan-kawan aku yang juga melabuhkan tudung tapi pakai tudung yang kecik skit dari aku dorang tak label plak. Paham tak apa yang aku try sampai kan? Aku tak suka bila orang sempitkan memikiran dorang yang tudung labuh adalah dorang dorang yang pakai tudung bidang 50/60. Bukak minda skit.

No comments:

Post a Comment