Friday 5 October 2012

Imam kau.

Assalamualaikum bros and sis(es?)!!

Selalu jugak aku tengok kawan-kawan aku yang dah ada boyfren dengan girlfren ni post pasal menjadi imamku dan makmumku.

"Semoga dia menjadi imamku. Memimpin solatku, jalanku.."
"Jika dia lah makmumku, blah blah blah.."

Satu pengajaran yang aku dapat sepanjang aku hidup. Baek korang jangan nak berangan nak dia jadi imam korang kalau dia sendiri pun belum pernah jadi imam untuk keluarga dia, ibu bapak dia (mungkin boleh masukkan dalam ciri-ciri suami semasa tengah consider calon-calon? waaddduuuppp!!). Kesungguhan menjadi imam kita dapat tengok dia situ. Nak jadi imam kita tapi tak pernah jadi imam ibu bapa dia?! Ermmm macammm mannaaaaa tuuuuu...

Aku memang lebih tekankan tanggungjawab benda macam ni pada lelaki. Sebab memang tanggungjawab lelaki tu besar. Aku ada satu teori. Perempuan ni dia akan cari calon yang dia rasa boleh pimpin dia tak kira lah diri dia sejahil atau sewarak mana pun. Lelaki yang sebaek dan sekurangbaek mana sekali pun akan start serius bila dia rasa dah bersedia untuk memimpin. Nak memimpin bukan kerja senang, bukan boleh bawak main-main pun kann. Jangan sampai kena label lelaki dayus. (Mungkin sebab tu dorang selalu cakap, tak sedia lagi?)

Lelaki yang mahu memimpin, akan sentiasa mempersiapkan diri. Tidak akan bagi harapan yang akan layu.
~Harapan! Harapan menjadi laaaayuuuu~
Tapi still takkan biar diri kedua-duanya melepasi garisan yang sudah disediakan until the right time has come.

Yang makmumnya ni pulak. Bila dorang dah rasa secure, dorang akan sentiasa mengharapkan situasi diri dorang dipimpin. Jadi dorang pun akan post, status-status yang macam kat atas tadi. Come on, grow up. Consider this important thing seriuosly so that it wont sound like a piece of crap. Choose your imam carefully (jodoh dari Allah insyaAllah the best!)!
Guys, lead you makmum amazingly(?)! Make sure you are A leader before you wannabe THE leader.

Chaw!

1 comment: