Tuesday, 2 October 2012
Seek for your death.
Assalamualaikum y'all!
Hari tu, masa aku baca terjemahan Al-Q, aku terjumpa dengan ayat ni.
"Katakanlah "Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka cita-citakanlah kematian(mu), jika kamu memang orang yang benar."
[Al-baqarah:94]
TERSENTAP WEYH!!! Giler memang aku tersentap.
CITA-CITAKANLAH KEMATIANMU!!
Ambik kau! Do you dare seeking your own death?!
Dah sedia nak mati? Sumpah, aku tak sedia lagi weyh. Dikatakan liang lahad itu sebenarnya salah satu taman syurga. Tapi bolehkah liang lahad kita menjadi taman syurga buat kita? Dah cukupkah saham kita untuk kita bersedia nak mati?
Orang yang bertaqwa takkan takut mati bro. Malah menunggu saat kematian tu datang (sepatutnya kita pun perlu macam ni). Tapi taqwa dengan iman ni bukan kita dapat ukur macam kira kacang. Allah saja yang tahu tahap mana iman dan taqwa kita. Kita selalu buat assumption yang orang yang selalu buat kerja agama ni, iman dan taqwa dia tinggi. Yang pakai hentah hape-hape tu, macam tak ada taqwa langsung. Hidayah ni hak Allah, siapa tahu suatu hari yang pakai hentah hape-hape tu, akan menaikkan nama Islam di mata dunia. Kannnnnnn manalah tahukannnn.
Ehhhh macam dah tak masuk tajuk pulak dahhhh (ye ke?).
Saham kita untuk kampung akhirat kelak is pahala and dosa. Pahala and dosa ni pulak hanya Allah yang tahu. Kita selalu tengok perbuatan yang baek will earns us rewards, bad deeds will earns you sins.
Tapi pada kiraan Allah, belum tentu benda tu akan jadi macam tu. Who knows?! Disebalik kebaekan fizikal yang kita nampak, ada kejahatan rohani yang konfem kita takkan nampak? Again, who knows?! Allah knows laaa!!
Amalan kita banyak belum tentu boleh jamin kita masuk syurga. Jangan sebab amalan kita banyak kita dah rasa dah cukup saham untuk bawak mati. Jangan pernah rasa cukup. Bahaya giler perasaan tu. Sebab kalau kita rasa cukup tapi sebenarnya saham kita belum cukup, lepas tu kita dah tak buat good deeds lagi, lepas tu time kita dah sampai (ajal la tuuu). Pada logiknya, mungkin akan mengugat keadaan kita untuk masuk syurga? Mungkin? Wallahualam laaa kann.
Kita mahukan kematian yang sakinah, husnulkhotimah. Pastikan jugak apa yang kita buat masa kita hidup boleh menyumbang kepada keadaan kematian yang kita harapkan. Moga-moga semua kita umat islam akan mati dalam keadaan yang beriman.
Semoga isi sampai. Chaw!
p/s: sebenarnya nak sekadar kongsi ayat 94 surah al baqarah tu je, tp saje bizi bizi tekan keypad nak suruh nampak panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment