Friday, 2 November 2012

[An-Nur:26]

Assalamualaikum y'all!! :D

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
      
                                                                             [An-Nur:26]

Terkejut?! Kenapa aku tetiba nak cakap pasal ni?!! Haha. Sekadar cadangan dari pemilik sebaris nombor digi yang henfon aku tak detect nama dalam list phone number yang aku save. Sooo aku tak tahu pemilik nombor tu. 

"An-Nur:26, mungkin untuk penulisan seterusnya."

Aku bukanlah seorang yang cukup baek untuk explain ayat tu. Tapi pemahaman aku adalah berdasarkan pengetahuan am yang aku ada setakat ni. Bukan nak buat tafsiran ok? Okeyh? (Jadi, pemilik nombor tu, sori kalau explaination tidak mencapai sasaran. Huhu) [updated on 4/11/2012>>>>] Jadi sila jangan terima bulat-bulat tanpa check balik dengan tafsir tafsir ulama' yang lebih arif tentang hal ini.

p/s: Before tu, aku rujuk buku ni : IBT, 'Abdullah Yusuf 'Ali, The Meaning of The Holy Quran: Text Translation and Commentary.

Oookkkkk, nak start dari mana? (Tak tahu nak masuk intro macam mana.)

Sekali imbas, sure sure punya kita faham apa yang dimaksudkan oleh ayat ni. Ustaz aku dulu pernah explain benda ni macam ni. 

"Lebih kurang macam ni lah. Orang yang pernah kapel sekali, akan bertemu dangan orang yang pernah berkapel sekali jugak." Stress out the "lebih kurang" term. Sebab teori ni tak semua pasangan boleh pakai. Sebab aku pernah jumpa orang yang pernah kapel berkali-kali, bernikah dengan budak baek, yang tak pernah kapel. Semoga mereka pasangan jodoh sampai syurga. 

Sekali lagi, sekali imbas kita akan paham yang, perempuan x berapa nak baek dengan lelaki yang tak berapa nak baek, lelaki yang baek dengan perempuan yang baek. Macam tu lah kan. Tapi jangan kita stress out kepada isi tersurat, kita buta, tak nampak isi tersirat.

Kita hairan macam mana orang yang jahil boleh bertemu jodoh dengan orang yang baek giler.
Bukan Allah kata yang kurang baek dengan yang kurang baek, yang baek dengan yang baek ke?

Jangan biar kesilapan atau history hidup seseorang mempengaruhi judgement kita pada seseorang tu. Mungkin sahaja dulu dia pernah berkapel dengan banyak orang tapi perubahan yang dia buat pada diri dia selepas itu (boleh dikatakan) menyamatarafkan diri dia dengan orang yang tak pernah berkapel sebelum ni. Ok, taknak guna pasal kapel? Fine! Kita boleh guna pasal kejahilan. Mungkin saja dia dulu jahil giler giler, solat pun tidak, tapi perubahan yang dia buat pada diri dia sendiri, kualiti solat-solat yang dia buat, boleh membuat dia sekufu dengan orang yang tidak jahil tu. Tak kiralah dia berubah sebelum atau selepas berjumpa dengan pasangan dia.

Nampak tak situ? Mata, hati dan diri kita sendiri ni bukan boleh judge orang macam cara Allah judge orang. Kita tak nampak apa yang Allah nampak betul tak? Tahap yang kita nampak, tak sama dengan tahap yang Allah nampak pada orang tu. 
                     
Itu saja? Oh tidak! Baca balik firman Allah tu. Ada second part yang kita kena faham.
"...Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"

Sedar tak sedar aku cuma explain pasal orang yang kurang baek berubah jadi baek. Betul tak? Kenapa aku tak story pasal orang baek berubah jadi kurang baek? Logically, siapa yang nak jadi kurang baek kan?

Bilamana benda yang kurang baek cuba untuk mengubah orang yang cukup baek, orang yang cukup baek ni (sepatutnya) sudah ada satu shield yang akan lindungi diri dorang sendiri dari benda benda macam ni. Segala benda yang tidak baek yang cuba untuk mengubah dorang just will make them advance their real life. Segala tuduhan terhadap dorang cuma kan buat mereka lebih kuat.

"Forgiveness for any indiscretion which they may have innocently committed, and spiritual provisions of protection against the assaults of evil. It is also meant that the more evil ones attempt to defame or slander them , the more triumphantly will they be vindicated and provided with the physical and moral good which will advance their real life." (The Meaning of The Holy Quran: Text Translation and Commentary, By 'Abdullah Yusuf 'Ali, page 724.)

Harap harap explaination berbaloi untuk dibaca. Chaw!

p/s: To my dear girlfriend, thanks for being an understanding person. Ayat pada post yang sebelumnya bukanlah bermaksud untuk menguris hati siapa-siapa. :) Love u, girlfriend.

3 comments:

  1. 5 bintang untuk entry ini! satu horizon pemikiran bukan typical. nice sis! :)

    ReplyDelete
  2. sharing2x caring2x tq2x :D
    ::Suatu hari Rasulullah bersabda "Jauhilah kulat hijau yg tumbuh pd najis haiwan"

    para sahabat bertanya pada Rasulullah.

    " Ya Rasulullah apakah maksudmu itu??"

    Rasullulah menjawab " najis haiwan sering menjadi tmpt tumbuhnya kulat hijau atau bunga yg indah tetapu pertmbhnnya adalah buruk "

    Syarah hadis :
    Itu merupakan peringatan dr Rasulullah agr tidk menikahi wanita cantik dan menarik tetapi kosong agamanya dan berakhlak buruk. kerna dia akan menghasilkan keturunan yg buruk dr rahimnya.

    ReplyDelete