Wednesday 27 November 2013

Korang nak mati macam mana?!

Assalamualaikum yallss. And greetingss yall. 

Pegang hati korang. 
Dan jujur pada diri.

Korang nak mati macam mana?!

Mungkin soalan ni ditulis dalam susunan bahasa yang agak kasar. Tapi jujur pada diri korang. Pegang sekarang.

Korang nak mati macam mana?!

Sesungguhnya Allah yang berkuasa atas semua.

Malam ini, kolej kediaman dikejutkan dengan berita kematian salah seorang penghuni kolej. Seorang pelajar.Turunnya aku untuk menghadiri meeting tadi dikejutkan dengan ber-parking-nya ambulans. Aku melihat sendiri pelajar itu diusung masuk dalam ambulans. Mula berfikir, mungkin dia letih lalu pengsan. Berakhirnya meeting, aku dikejutkan dengan berita, budak tadi itu sudah dicabut nyawanya.

Korang...
Macam tu je Allah tarik nyawa hambaNya. 
Nyawa kita yang Dia bagi pinjam tu.
Tengah jalan dekat koridor aras kolej kediaman, collapse tetiba.
Dengan takda persediaannya. 
Tak tahu saham akhirat dah sampai level mananya.
Tak mintak maaf dekat orang yang kita pernah buat salahnya.
Dengan hati maseh dengki dan marah lagi dekat sesape.
Tetiba..

Allah izinkan nyawa kita dicabut masa tu!!

Yang Maha mengetahui segala sesuatu! 

Kuasa DIA. Allah ada kuasa. Kita makhluk ni, haprak pun takdak!

Reflect balek diri kita. 
Apa yang kita buat untuk mati dalam keadaan beriman dan paling tidak menyakitkan?
Apa yang kita dah buat untuk layak merasa syurga tanpa ke neraka?

APA?!

muhasabahdiribalek.
akuhanyamamputermenung.
chaw.

Monday 7 October 2013

Untuk yang berstatus ANAK!

Assalamualaikum Yalll!! :D

Giler laaa. Dah lama sangat tak post entry kat sini.(Yaaaa aku malas sebenarnya)

Tapi sebab aku nak sampaikan satu benda penting yang setiap anak kena buat dan aku sebenarnya mewajibkan setiap yang berstatus anak untuk lakukan satu benda ni saja kepada parents korang.

SILA KOL ATAU MESEJ PARENTS KORANG SETIAP HARI!

“Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini” 
(Redha Allah terletak pada redha ibu bapa)

SePATUTnya, sebagai seorang yang berstatus ANAK, kita kena sentiasa update tentang diri kita kepada ibu bapa kita. 

Apa kita buat masa tu.
Apa yang kita akan buat lepas ni.

Bukan la maksud aku, benda kecik macam nak turun tangga, keluar bilik, nak pergi tandas pun kena beritahu. 
Tapi benda macam, nak turun pergi kelas ke. Nak keluar dengan kawan lepas ni ke. Ada majlis ni masa macam ni macam ni ke. 

Sekali gus, restu parents turun pada kita untuk hari tu. Walaupun secara tidak langsung.

Bila korang takda rasa bersalah keluar tanpa beritahu parents, check balek hati korang. Check balek mana korang letak parents dalam hati korang!

Kenapa ada anak yang rasa awkward dengan parents bila duduk sama sama?

Sebab effort tu takda untuk merapatkan hubungan itu. Tak payah nak tunggu parents make the moves baru kita nak make some moves. Semuanya kena start dari diri kita sendiri.

Korang kena rasa betapa bestnya dapat berbual macam kawan bila dengan parents.
Korang kena rasa betapa bestnya dapat bergurau dengan parents macam kita bergurau dengan kawan.
Korang kena rasa betapa selesa dapat bergambar dengan parents dengan freestyle poses.

Dan percaya laa cakap aku, paling best bila dapat bercakap soal HATI dan PERASAAN. (Topik ni benda WAJIB kongsi!!)
Gilerrr lega! 
Bila salah satu benda penting dalam hidup kita, soal HATI, kita dapat kongsi macam tu saja dengan parents. 
Siapa dia. 
Orang mana. 
Orangnya macam mana. 
Macam mana boleh kenal.(Budak tu tahu kita suka dia tidak atau dia suka kita balek tidak, itu kes lain.)
Supaya parents boleh tahu mana satu budak yang kita suka tu bila kawan kawan semua datang raya ke rumah. (Teringat ke-epic-kan kejadian malam raya pertama! WooooooW!)

Memang ada certain benda kita rasa lebih sesuai, selasa kalau kongsi dengan kawan kawan sahaja.

Tapi tolong jangan lupa parents. Rapatlah dengan parents korang sekarang.
Sebelum korang rasa rindu nak berbual dengan dorang bila dorang dah takda.
Sebelum korang tak sempat nak jadikan ayah korang wali untuk nikah korang.
Sebelum korang rindu dengan masakan ibu yang memang korang takkan rasa lagi.
Sebelum korang kena masukkan doa diluaskan liang lahad untuk parents korang dalam doa setiap kali solat.

Make your moves now!

Muhasabahdiriuntukakusekali.
Semoga Allah izinkan.
Chaw!
Semoga Allah redha.

Tuesday 4 June 2013

Un-cool words will never make you look cool.

Assalamualaikum ya'll!!  :)

Ya! Ya! Ya! Nak exam dah ni, maseh jugak sebok nak update blog. (pi study la weyh!)

Buat pertama kalinya dalam hidup aku sepanjang mengenali apa itu study week, aku study as in betol betol study pada mulanya study week bermula. Wahhhhh! Tahniah! Tahniah, Haziqah! (clap clap)

Ahaks. Maaf, terasa bangga dengan diri sendiri sekejap. (I should give myself a reward.)

Tapi post kali ini aku bukan nak cakap pasal puji diri sendiri, tapi still aku nak cakap pasal penggunaan perkataan untuk di-post di FB, blog, mahupun di mana mana  tempat yang memerlukan perkataan untuk expresses our feelings.

Kita selalu dengar, bahasa menunjukkan bangsa.
Kita selalu jugak dengar, setiap perkataan itu doa.
Kita dengar jugak benda ni selalu, cara percakapan mencerminkan siapa kita.

But still, benda benda ni semua takda effect ke pada kita yang suka post feelings yang guna perkataan yang tak proper tu?

"Sesungguhnya ada seorang hamba yang bercakap perkataan yang boleh mendatangkan keredhaan Allah tanpa ia sedari, namun dengan itu Allah menaikkannya beberapa darjat lantaran (perkataan) itu dan sesungguhnya ada pula seorang hamba yang bercakap dengan perkataan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah tanpa ia sedari maka dengan demikian dia telah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka Jahannam."
                                                                                                                                                        [HR : Bukhari]

Un-cool words will never make you look cool beb!

Setiap apa yang kita cakap, setiap apa yang kita buat, rasa, walau sekecik zarah sekalipun, semuanya akan berbalek dan terkesan pada saham kita sebagai seorang hamba di sisi Allah. Allah tahu semua tentang kita.

Iman kita ni dah la memang nipis giler giler. Janganlah joepardise-kan lagi iman kita dengan penggunaan perkataan yang tak berfaedah untuk kita. 

Kalau ya pun kita geram dengan perkara tu, jangan samapi kita guna bahasa kotor.

Kalau ya pun kita terlalu suka dengan perkara tu, jangan lupa untuk bersyukur.

Semua tu Allah yang bagi. Kalau Allah tak izinkan, jangan mimpi la weyh nak dapat semua ni. Jangan mimpi kita maseh dapat hidup walau untuk semicrosaat yang seterusnya.

Of course la kan, kita dapat redha Allah bukan sekadar dengan perkataan yang digunakan. Tapi bukankah sebagai manusia yang boleh bercakap dan mampu menaip, kita perlu gunakannya dengan baek. 

Itu pun, nasib baek Allah nak kasi pinjam semua organ organ penting dalam diri sehingga mampu untuk berfikir, merasa dan menaip dalam FB (atau mana tempat yang memerlukan perkataan untuk express feelings). Jadi, gunakanlah pinjaman ini sebagai satu perlaburan untuk kita tanam semua benda yang boleh kita tuai semasa kita di akhirat nanti. InsyaAllah.

Jangan tanam baka baka yang tak baek pulak, tak pasal pasal layu masuk neraka. Nauzubillahi min zalik.

Sekali lagi, jadi, usahakan perkataan yang kita guna boleh dijadikan at least salah satu baka yang boleh bantu kita untuk kekal cool dalam syurga. InsyaAllah.

Musahabahuntukakusekali.
Semoga Allah izinkan.
Thanks.
Chaw.
Semoga Allah redha.

Monday 3 June 2013

Hati: Luar rumah lip lap lip lap, dalam rumah blackout.

Assalamualaikum geng!

Ahaks! Time time nak exam ni jugaklah aku nak selalu post kannn. Banyak masa sangat (tangan di bahu, mata pandang ke atas).

Saja nak kongsi sesuatu yang aku discovered dari buku Di Hamparan Shamrock by Ustaz Hasrizal.

Daripada an-Nawwas bin Sam'aan Rdiyallahu 'anhu, Nabi S.A.W bersabda: Kabajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.
                                                                                                                                                  [Riwayat Muslim]

Bila hati kita disentuh oleh agama.

Apabila kita berbuat sesuatu dan kita rasa tidak selesa untuk menampakkannya kepada orang ramai, maka ketahuilah sebenarnya Allah sedang bagi kita kesedaran yang apa yang kita buat itu suatu kesalahan.

Berjalan di jalan pakai jeans straight cut, macam dah cukup besar. Tapi maseh jugak tangan kita selalu adjust adjust jeans tu terutama bahagian bahagian paha tu untuk bagi tak nampak shape. Jeans tak cukup longgar la tu. Atau baju tak cukup labuh, tak cukup besar...mungkin.

Habes tu, budak budak yang selamba, hidup cuma sekali, lets enjoy tu camana pulak?(kefahaman korang sendiri nak imagine dorang ni yang mana satu.)

Dah aku kata kat atas, bila hati kita disentuh oleh agama.

Bila hati kita disentuh oleh agama. Bukanlah nak kata hati dorang tidak disentuh, disentuh, tapi ni special case, tak cukup setakat disentuh, hati tu nak dipeluk dan dicium dengan agama...mungkin.

Dalam hati kita perlu ada rasa malu bila kita rasakan sesuatu yang kita taknak orang lihat atau tahu pun pasal benda yang kita buat tu.

Andai kata apa yang kita buat tu tidak menimbulkan apa apa perasaan dalam hati kita, check balik hati kita.

Check balik hati ini bukan untuk budak budak selamba, hidup cuma sekali, lets enjoy tu sahaja. Budak budak yang selalu kena cop budak surau tu pun kena check jugak (no offense).

Kita tidak tahu keadaan hati kita sekarang. Dah gelap ke? Maseh terang ke?

Bilamana hanya Allah yang tahu dosa atau pahala yang meningkat bila kita buat sesuatu.

Bimbang jika rumah ini sebenarnya dah lama blackout walaupun dinding luar rumah maseh lagi disinari lampu raya lip lap lip lap. (Sila dalami maksud tersirat 8))

Mengherlap hat luaq ja?
 Hat dalam? Hitam baek punya?

Perhatikan segala perbuatan kita.
Perhatikan segala niat kita.
Jangan sampai Allah tarik balik hidayahNya.
Jangan sampai Allah tarik balik nikmat Iman dan IslamNya.

"(Mereka berdoa):"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi(kurnia).""
                                                                                                                                                          [Ali-'Imran:8]

Muhasabahuntukakusekali.
Thanks.
Chaw.
Semoga Allah redha.

Saturday 1 June 2013

Aku: Berangankan seorang yang baek.

Assalamualaikum geng.

Alhamdulillah, Allah bagi rasa sayang dan berangankan seorang yang baek bertandang dalam hati ini sebagai suatu fitrah.

Tapi serius aku cakap beb, letih bila fikirkan benda ni sahaja.

Saja nak bagi tips yang aku sentiasa guna untuk padamkan angan angan disetiap kali aku berangankan benda ni.

Bila aku perhatikan seorang ni sesuai dijadikan seorang suami.

Dia orang jauh Haziqah. Ayah kau dah takda sekarang, memang dah tanggungjawab kau untuk sentiasa berada dekat dengan ibu selepas kau belajar mahupun masa kau dah kawen. Carilah yang lain. Carilah orang dekat.

Bila aku perhatikan lagi seorang ni sesuai dijadikan seorang suami.

Dia memang orang dekat Haziqah. Dah dekat dah tu. Tapi dia jauh terlalu baek untuk kau Haziqah. Kau jahil lagi, dia dah hebat giler. Ada yang lebih layak untuk dia daripada kau. Carilah yang lain.

Bila aku perhatikan lagi seorang ni sesuai dijadikan seorang suami.

Ini semua mainan hati Haziqah.

Cukuplah. Janganlah berangan.

Jodoh memang tulisan Allah.

Jodoh tu memang perlu dicari. Tapi dengan mencari hanya akan libatkan aku dengan angan angan yang tak sudah. 

Baek tak payah...dulu. 

Belom lagi...mungkin.

Tengok balek diri kau Haziqah. Betapa lemahnya iman kau Haziqah hanya dengan ujian kecik, ujian hati seperti ini.

Chaw.
Semoga Allah redha.

Friday 31 May 2013

Baek kurang baek berangankan cinta.

Assalamualaikum geng! (Tajuk post aku memang tak bleh blah.)

Arghhh!!!! Kawan aku sorang lagi nak kawen!

Yaaa, mestilah aku happy untuk dia. Congrats Radik!

Tapi serius, aku memang takut nak dengar bab bab kawen ni datang masuk telinga kanan. Taknak pulak keluar ikut telinga kiri, nak juga masuk merayap masuk ke hati!

Bila dah merayap masuk hati, effect kat diri boleh sampai lebih seminggu woooo.

Bila lagi turn aku?! Ahaks.
Dah start dah berangan. Haisshhhh!

Hati hati dengan angan angan. Angan angan boleh bawak kita jauh berjaya, baek punya. Tapi boleh jugak jatuhkan kita sampai tersembam di tanah.

Angan angan itu baek bilamana ia dapat bawak kita untuk muhasabah diri.

Kurang baek bilamana kita terlalu berangan angan sampai lupa untuk mengingati Allah.

Hati hati, jangan sampai Allah cemburu dengan hati kita.

“Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”
                                                                                                                                                               [Ibnul Qayyim al-Jauziyah]

Cemburu Allah bukan tanda Dia lemah. 
Cemburu Allah tanda sayang Dia pada kita.

Allah tak perlukan kita untuk Dia.
Tapi kita terlalu sangat perlukan Allah dalam hidup kita.

>>Dia faham kalau  kita mempunyai rasa cinta sesama mahkluk malah Dialah yang menganugerahkan perasaan cinta itu. Ianya membelai  setiap hati tanpa ada siapapun  yang terkecuali. Namun, Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat keagungan cinta.

Firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165).

“Mereka mencintainya sebagaimana atau sama  dengan mereka mencintai Allah,” Inilah yang dimaksudkan  meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana lebih memberi perhatian, fokus dan kesediaan berkorban kepada makhluk, bukan kepada Allah. 
Namun, jika mencintai makhluk  kerana Allah, bukan bersama Allah, ia adalah perkara fitrah yang boleh  menghantar kepada redha Allah jua.<<
                        [http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/05/kekasih-agung-sedang-cemburu.html]



Pastikan, sebaek baeknya angan angan kita boleh bawak kita untuk muhasabah diri.

Apa yang diangankan?
Boleh ke bantu kita untuk dapat redha Allah?

Siapa yang diangankan?
Dapat ke dia bawak kita lebih dekat dengan Allah?

Kenapa berangan?
Iman kita maseh dah terlalu kuatkah untuk berfikir lebih lebih selain dari Allah?

Boleh bawak kita lebih pada Islam keeeee?

Muhasabah diri balek laa weyhh. 

Iniuntukaku.

Thanks.
Chaw.
Semoga Allah redha.

Wednesday 22 May 2013

There's no 'I' in a 'TEAM'.

Assalamualaikum geng.
Post bertulis kali ni agak pendek jugak kot. Tapi ada gambar!

Best! Bilamana kita dapat bertungkus lumus siapkan sesuatu kerja dengan cepat tapi dengan kerjasama semua orang.

Best! Bilamana kita boleh keluar ramai ramai untuk beli barang yang diperlukan untuk siapkan sesuatu event.

Best! Bilamana masing masing naek gila untuk pastikan event berjalan dengan lancar.

Best! Bilamana berangan kita semua boleh bersama-sama dalam satu barisan untuk Islam.

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seolah olah mereka seperti dalam suatu bangunan yang tersusun kukuh.
                                                                                                                                                                                                  [Al-Saff:4]

Semoga dengan barisan yang kita sedang bina ini cukup kukuh untuk bawak setiap orang dari kita untuk mendapat redha Allah.

Fighting ya'll!!!

EE ShineOut Night: 18 May 2013

A night where we did shine a lot a lot!

p/s: Gambar aku tak banyak dekat meja makan mahupun di atas pentas since kena handle protokol. Jogging yang tidak dapat dilakukan petang tu aku tebus dengan larian bermakna demi flow majlis pada malam hari.
Yeahhh!!

When the preparation beginsssss.




Bila kena brief MCs dengan ushers before majlis.



When the dinner comesssss
Our Charming MCs: Atie and Azlan. Berbelit lidah baca teks
MC yang aku sediakan. Ahaks!

~I'm yourss oooorrssss

Dua performers untuk malam tu. Giler la tak cair dengar
suara dorang.  ~Sejujurnya. Ku tak bisaaaa!~

Hafiz, Mira, Farah, Nour.

Radik and budak budak final year.

Bos IEEE dok skali  dengan pengarah dinner.

Mestilah tak lari dari King and Queen of the
Night kan?? : The shiniest KIng and Queen.
Last sekali: Iniakudanwakitoki.
p/s p/s lagi: Memang la gambar tak banyak letak kat sini. Berjela jela jela la gambar kalau aku letak semua.



Sunday 5 May 2013

Akhlak dari diri kita sendiri, bukan parti.


Assalamualaikum geng.

Well, macam yang kita tahu, sekarang ni masa pengiraan undi sempena PRU13.

Dekat friendlist facebook aku, ada banyak penyokong PR dengan penyokong BN.
Jadi aku jadi serba salah nak post benda benda yang berkenaan dengan mana mana parti sekali pun.

(Plis, jangan cop aku mana mana parti sekali pun. Buat masa ini.)

Tapi satu yang aku pasti:

Tak kesah pun parti mana yang menang lebih.

Pastikan kita semua bangunkan Malaysia sebagai satu negara Islam bukan sekadar negara orang Islam.

Akhlak kita terbina dari diri kita sendiri. 

Kadang kadang bimbang, bilamana kita terlalu menampakkan yang parti yang membina akhlak kita. Jangan terlalu bergantung kepada parti untuk membina akhlak diri.

Andai kata, rakyat Malaysia mempunyai akhlak seorang Islam, letak tepi parti mana satu yang menang lebih, negara tetap akan membangun sebagai satu negara Islam.

Memanglah pemimpin yang memimpin, membangunkan sesebuah negara. Tapi pemimpin perlukan rakyat untuk membantu. Dan rakyat yang ada akhlak seorang Islam, akan mampu membangunkan negara sebagai satu negara Islam.

Dan jenayah kerosakan akhlak sekali gus akan berkurangan.
Bukan kerana parti yang memimpin, tapi kerana akhlak rakyat sebagai seorang Islam.

Ya, ya, mungkin dengan parti yang betul memimpin, Malaysia akan lebih Islam.
Alhamdulillah.

Pemimpin yang tiada akhlak Islam, eventually akan tumbang kerana rakyat yang ada akhlak Islam tidak terperdaya dengan segala korupsi apa sekali pun.

Tapi jaga mindset anda. Jangan sampai terlalu bergantung kepada parti untuk bina akhlak rakyat.

Semoga Malaysia mampu menjadi satu negara Islam di bawah pimpinan dan rakyat yang berakhlak Islam.

Semoga hati semua rakyat Malaysia terbuka untuk dipacakkan tiang Islam di dalamnya.


Peperangan UHUD mengajar kita. JANGAN terlalu YAKIN dgn KEMENANGAN kerana yg ghaib hanya milik Allah. Namun, banyakkan BERDOA, USAHA dan TAWAKAL kerana ia Sunnah Radulullah.
[Ustaz Mohd Izhar Ariff]

Itu sahaja.

Chaw.
Terima kaseh.
Semoga Allah redha.

Friday 3 May 2013

Nahnu syababul Islam.

Assalamualaikum geng.

(Post kali ni pendek.)

Sebenarnyakan bila kita tengok balik, bila kita baca atau dengar tentang pemuda dengan teknologi. Yang kita selalu dengar adalah, remaja sekarang atau pemuda sekarang dah rosak , spoil sebab didedahkan sangat dengan teknologi. Kononnya pemuda pemudi sekarang dah tak berkualiti untuk negara dan terutamanya untuk Islam.

Tapi, bila kita tengok balik jugak, sebenarnya bukan semua anak muda macam tu kan? Maseh banyak lagi yang maseh menegakkan Islam walaupun dengan pembangunan teknologi di sekeliling dorang. Maseh ramai lagi yang nak perbaiki diri untuk jadi yang lebih baek untuk Islam terutamanya melalui teknologi.

Penggunaan FB, twitter, keek, instagram, dan tak lupa youtube sekali dan banyak lagi untuk menyebarkan semangat Islam.

Melibatkan diri dengan program program Islam.

Menghadirkan diri ke majlis ilmu.

Pembacaan buku buku motivasi Islam.

Sekali pun aktif dalam penulisan karya karya Islam.

Selalu dengar dan tengok di tv kan, pemuda pemudi harapan bangsa. Bukan setakat bangsa bang oi, harapan Islam tuuuu!

Mendidik seorang Islam, memang laa selalunya kena start dari bawah. Tapi bawah tu bawah mana? Dari kecik?

Dari kecik pun bolehhh. Tapi paling penting dari hati. Hati wajiblah dijangkiti dengan Islam!

Sejahil mana pun seorang Islam itu, tak semestinya dia tidak ada rasa untuk berubah. Untuk menegakkan Islam. Perlunya kita sabagai seorang anak muda Islam jugak untuk sentiasa berusaha menyentuh hati anak muda Islam yang perlu disentuh hatinya. Semoga tersentuh.

Andai kata, kita tidak dapat sentuh hati anak muda dengan perbuatan, jangan tinggalkan doa. Semoga tersentuh pulak hati anak muda Islam dengan doa kita. InsyaAllah.

Oh, oh, lupa pulak. Jangan terlalu fokus untuk merubah anak muda sahaja. Maseh jugak ada kat luar tu, yang bukan anak muda, yang perlu jugak kita sentuh hati dorang.

DIKIR ZIKIR - UNIC Nahnu syababul Islam.

Ayuh pemuda pemudi Islam. 

Kita bangkit bersama menegakkan Islam kembali menguasai setiap zarah di bumi Allah ini.

Semoga diakhirnya, korang boleh menjadi imam yang baek untuk makmum korang, dan jugak makmum yang baek untuk imam korang. (Ahaks uhui! Ke situ jugak last last.)

Yeahhh!!! Nampak tak? Nampak tak?

Hebat permainan dia! Hebat permainan dia!

Dah dah la tu berangan.
Tryingtobeafulltimemuslimanywhereanytime.

Chaw.
Terima kaseh.
Semoga Allah redha.

Tuesday 30 April 2013

Usrah Jumaat: Member yang baek


Assalamualaikum geng!

Hari Jumaat hari tu ada plan untuk buat pengisian dengan bebudak kolej. Tapi..
Tapi takpe, aku kongsikan info yang nak disampaikan tadi kat sini je kot.

(Sori, post kali ini agak panjang, since benda ini di-prepare untuk pengisian tadi)

So hari ini aku nak kongsi pasal Kelebihan berada dalam kalangan sahabat yang baek mahupun sekadar orang biasa yang baek.

Sekarang ni, dah banyak penghijrahan dan perubahan diri berlaku. Dan sebenarnya, untuk berubah menjadi lebih baek, salah satu syaratnya adalah dengan mempunyai sahabat yang baek.

Tapi manusia ni selalu bagi alasan bila kita nak berubah. Suka nak melambat lambatkan perubahan.

"Rasa macam diri ni tak layak nak berkawan dengan kau laa. Aku ni dah terok sangat dah ni."

"Kau ni baek sangat. Aku ni dah banyak gilerrrrr buat dosa, tak layak nak dekatkan diri dengan kau."

AAAAAAAHHHH! Alasan apakah ni?(tampar dahi tu sikit)

Kalau setakat nak terus bagi alasan, memang makin slim la peluang nak mempercepatkan perubahan. 

And lets get to the real stuff here,

Kenapa kita perlu ada berada dalam kalangan sahabat yang baek atau orang yang baek baek?

Allah perintahkan kita untuk berada dalam kalangan orang yang baek baek.

"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar."
                                                                                                                                                                                     [At-taubah: 119]

Dan dalam surah Al-Kahf:28 pun Allah dah pesan untuk kita ni terus berada dalam kalangan yang baek baek. Then, jangan pulak atas sebab sebab dunia, kita sanggup pulak nak tinggalkan member member yang macam ni. 

Lame gilerr laa kalau kita nak tinggalkan member demi dunia thingy yang belum tentu boleh bantu akhirat kita. Sebab member tak sokong parti pimpinan yang sama dan selalu sangat post pasal kepastian kemenangan parti dia kali ni, terus laa kita dah taknak kawan. Kecik hati konon.

Contoh yang baek punya kita boleh lihat pada persahabatan Rasulullah dan sahabat sahabatnya yang diredhai. Selepas dorang beriman, dorang dah tak bergaul dah dengan masyarakat arab jahilliyah kan?

Apa kelebihan ada member member baek macam ni?

1: Jadi member dengan member yang baek tu sendiri adalah satu perbuatan yang baek. 

Dan insyaAllah, perbuatan yang baek, dengan kuasa Allah, mungkin boleh menghapuskan perbuatan yang tak berapa nak baek yang kita pernah buat dulu. Tapi pahala dosa ni kerja Allah, kita takda kuasa. Dan mempunyai member yang baek, pun boleh jadi satu hasanah dalan kehidupan.

"Wahai Tuhan kami, berikan kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan peliharalah kami akan azab neraka"
                                                                                                                                                                                    [Al-Baqarah:201]

2: Sebab untuk Allah jadikan kita seperti geng yang baek tu walaupun pada awalnya amalan, akhlak dan peribadi kita mungkin belum menyamai amalan, akhlak dan peribadi dorang.

Okay. Perumpamaan paling senang dan paling klishe sekali >>> Tukang besi dengan saudagar minyak wangi.

"Diumpamakan rakan yang soleh  dan rakan yang jahat adalah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
                                                                                                                    [Hadis Bukhari daripada Abu Musa al-Asy'ari]

Yelah kan. Dengan jadi member dengan budak budak baek ni, insyaAllah sikap dia lama kelamaan akan terpalit pada kita dan kita pun secara tidak langsung secara slow slow menjadi lebih baek jugak. Kan mendatangkan keuntungan untuk kita di situ. 

Sama laa dengan bilamana kita berkawan dengan budak budak yang tak berapa nak baek. Free free dapat kerugian. Ya, ya, mungkin korang kan cakap, bukannya korang jadi macam dorang pun. Tapi biasanya bila kita dah berada dalam satu geng. Bila sorang buat salah, satu geng kena cop!

3: Beroleh keberkatan.

Statement 1 - Obviously laa kan, kita tengok orang yang baek baek ni biasanya dia akan pergi ke majlis majlis ilmu, taman taman syurga.

Statement 2 - Dan obviously jugakkan bila kita berada dalam satu geng, kita akan kebanyakkan masanya lepak mana mana pun bersama.

Statement 1 + 2 = Bilamana ada at least sorang dalam geng tu yang suka pergi ke majlis majlis ilmu, budak budak yang lain pun akan ikut. Dan, bukankah orang yang menghadiri majlis ilmu dan zikir itu akan dihapuskan dosa-dosanya oleh Allah meskipun kehadirannya ke majlis ilmu itu atas maksud dan keperluan yang lain.

Sebab nak kumpul merit kolej mungkin?
Sebab budak budak kolej yang satu lagi banyak pergi, jadi nak try try carik calon pasangan yang baek mungkin?
Mungkin. Aku cakap mungkin.

Walau sesiapa atau apa sekali pun yang bergaul dengan orang yang baek baek, dorang akan mendapat berkatnya. Walaupun, dorang itu adalah seekor anjing. Ingat sirah Ashabul Kahfi?

"Sesiapa yang mencintai orang orang yang berbuat kebajikan, maka dia akan mendapatkan berkatnya. Bahkan, seekor anjing yang mencintai dan menemani pembuat kebajikan sekalipun Allah abadikan dalam ayat ayat suciNya. Anjing tersebut adalah anjing Ashabul Kahfi yang tersebut dalam surat al-Kahf."
                                                                                                                                   [Abul Fudhail al Jauhari rahimahullah]

4: Beroleh teladan dan nasihat peringatan.

Mencari member yang baek merupakan suatu kewajipan dan kemestian. Sebab, teman yang baek:
>> menunjukkan kita ke arah kebaekkan dan ketakwaan.
>> berkongsi rasa dalam melakukkan kebaekkan.
>> motivate agar lebih giat dan konsisten beribadah.
>> mengingatkan kita supaya menghindarkan diri daripada perbuatan yang hina, rendah lagi dilarang agama.

5: Dapat mengubat hati.

Ubat hati ada lima:
>> membaca Al-Q sekaligus mentadabbur maknanya.
>> solat qiyamullail.
>> berzikir pada malam hari.
>> perut dalam keadaan lapar
>> bergaul dengan orang orang soleh.

Empat perkara yang menggelapkan hati:
>> perut yang terlalu kenyang.
>> bergaul dengan orang yang berbuat dosa.
>> tidak insaf dengan dosa dosa lalu.
>> panjang berangan angan.


Thats it. Sebab itu kita kena memilih unutk berada dalam geng yang betul. Semoga dengan itu allah redha dan baek untuk dunia dan akhirat kita.

Sedikit penambahan sebelum tutup post.

Syeikh Abdul Samad al-Falambani rahimahullah dalam kitabnya yang masyhur, Sairus Salikin jilid 2, menggariskan tiga kriteria dalam memilih kawan iaitu:

1. Jika kamu melihat wajah mereka maka kamu akan teringat akhirat. Justeru, kita disarankan melihat wajah orang soleh atau ulama agar kita selalu teringatkan akhirat, lantas bersemangat untuk melakukan perubahan diri.

2. Jika kamu mendengar kata-kata mereka maka kamu akan terpengaruh atau terangsang untuk menambah amal kebaekkan disebabkan nasihat nasihat mereka.

3. Jika kamu melihat perbuatan mereka, kamu akan berasa gemar kepada akhirat disebabkan amalan mereka itu.


P/s: Oh oh, lupa pulak nak beritahu. Orang orang yang korang cop baek ni, bukannya maksum tau. Dorang pun manusia jugak, jadi dorang pun akan buat salah sekali sekala mahupun berkala kala. Jangan sebab kesalahan tu korang terus dah tak nak geng dah. Dan terus cop geng geng yang sewaktu denganya pun begitu jugak.


Isi diambil daripada buku Syurga Merinduimu: Amaluddin Mohd Napiah

Semoga Allah redha. InsyaAllah.
Chaw. Terima kaseh

Friday 26 April 2013

Sudden karya : Ini pilihan aku.


Pemilihan pimpinan kini kembali,
Pabila mula naiknya bendera di jalanan,
Pelbagai perubahan kini dijanji,
Demi meraih walau satu undian.

Di laman sawang berlaku pedas perdebatan,
Pabila penyokong keras suarakan pilihan,
Untuk satu pangkah yang bakal merubah,
Mungkin ke arah kerajaan yang lebih indah?

Namun aku senyap dalam kekecohan,
Memikirkan segala kemungkinan,
Yang mana satu bakal menjadi kerajaan,
Pabila rakyat membuat pilihan.

Mungkin aku belum boleh mengundi,
Mungkin aku masih keliru lagi,
Tapi aku tahu sesuatu yang pasti,
Mahukan pimpinan khalifah bertakhta kembali.

Pimpinan khalifah yang sentiasa amanah,
Taat pada Rasulullah, takut pada Allah,
Kerajaan yang diisi indah,
Tidak lain selain dengan Al-Quran dan sunnah.

Ku bimbang di zaman teknologi,
Bingungkan rakyat yang tidak terisi,
Pengisian diri dan juga rohani,
Sehingga keliru memilih pimpinan untuk diundi.

Bolehkah Malaysia menjadi satu
kerajaan Islam yang sentiasa diseru
kerana percayakan saf pimpinan khalifah 
yang tidak mengamalkan politik murah.

Lima tahun pimpinan menjadi taruhan,
Saat pangkah dikira undian,
Perlunya rakyat membuat pilihan,
Demi saf yang memimpin barisan hadapan.

Namun aku tahu satu yang pasti,
Pimpinan Khalifah pasti kembali,
"Malaysia negara Islam yang sejati."
Bermain di bibir suatu hari nanti.

Akhir sekali,
Bila sampai masanya nanti,
Andai apa yang terjadi
bukan apa yang diingini,
Janganlah diri bersedih hati,
Kemenangan mungkin bukan kali ini,
Ada hikmah di sebalik semua ini.
Itu pasti.
Dengan izin Allah semuanya terjadi,
Saf pimpinan khalifah adalah sesuatu yang dinanti.
Itu juga sesuatu yang pasti.

Semoga Allah redha. InsyaAllah.

P/s: Aku tahu apa yang aku mahu. Itu pasti.  :) Harap maaf atas ketidak-indahan karya yang aku buat ni. Jangan tolak pimpinan yang boleh membawa kita menghayati Islam. Jangan jugak sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Monday 22 April 2013

Sudden karya : Hati dan Diri.


Telah lama hati ini dilatih,
Untuk jadi perisai cinta ajnabi,
Mahu membina satu keimanan teguh,
Hanya untuk cinta sejati Ilahi.

Namun,
Perisai hati ditembusi,
Saat mendengar kepetahan ilmu-ilmumu,
Perisai ini ditembusi sekali lagi,
Saat melihat ketegasan peganganmu.

Aku malu dengan Yang Esa,
Bila memikirkan selain dariNya,
Aku sedih dengan diri,
Bila berangankan seorang ajnabi,
Yang masih belum halal bagi diri.

Namun tidaklah aku menyalahkan cinta,
Kerana ia suatu fitrah manusia,
Aku didik diri untuk berdoa pada Ilahi,
Supaya beri yang terbaik untuk diri ini.

Tetap,
Aku malu dengan Yang Esa,
Bila memikirkan selain dariNya,
Aku sedih dengan diri,
Bila berangankan seorang ajnabi,
Yang masih belum halal bagi diri.

Jadi,
Ku kurangkan angan,
Ku banyakkan pengisian,
Supaya dapat menjadi yang terbaik
hanya untuk yang terbaik.

Belum sampai masanya,
Untuk aku luahkan semua,
Biarlah ia tersimpan rahsia,
Dalam hati yang masih hanya 
milik ibu, bapa dan Dia.

Semoga Allah Redha, InsyaAllah.

P/s: Ahaks Uhui! 8) Sorry der, aku buat ni masa terfikirkan seorang yang tidak bernama. Harap ok.

Friday 22 March 2013

Dilema SPM.

Assalamualaikum again :)

Oh, semalam, kazen kazen aku dapat result SPM dorang. Alhamdulillah, lulus dan aku bersyukur and bangga.

Tapi maacam biasa, budak budak lepasan SPM ni biasanya akan alami sesuatu yang dinamakan DILEMA.

Nak pilih kos ini ka? atau yang itu ka?

Aku rasa, satu problem dengan budak budak lepasan SPM, fikiran dorang tentang skop pembelajaran belum dibukak luas lagi. Oleh yang demikian, (Cehhhh skema!) dorang dengan degilnya nakkan kos yang dorang nak sahaja. Tanpa dorang nak try perbesarkan lagi skop kos yang dorang boleh ambil. Siap nak suruh sedara sedara lain pujukkan parents.

Sebenarnya salahnya di sini, bila kita dah ada mind set yang kita perlu jadi seseorang yang berpekerjaan BESAR macam doktor, engineer, psycologist, researcher. Pekerjaan pekerjaan sains ni laa. Jadi bila parents kita agak kurang menyokong apa yang kita pilih, kita akan cakap yang parents tak paham kita laa, tak sokong kita laa.

Biasanya benda ni terjadi sebab kita pandang perkerjaan yang jugak sebenarnya sangat BESAR, tapi kita tengok KECIK dan TAK BEST. Contoh, kita memilih untuk tidak menjadi seorang guru sebab taknak ditempatkan di corok corok hutan yang entah kat mana. Padahal pekerjaan ni pekerjaan yang sangat mulia. (Aku, aku memang nak jadi cikgu! Agak agak tercapai tak?)

Terlalu sangat tengok kos sains, kita tak tengok kos yang lain. Bahasa? Literature? Perhutanan? Human resources? Pendidikan? Even pastries sekali pun. Kenapa nak kena ketepikan kos macam tu?

Keep well your ambiton, nak jadi apa pun sekarang, jangan buang tapi jangan kecikkan skop pembelajaran korang. Aku bagi cadangan laa skit, Korang ambil dulu yang namanya asasi atau STPM. Aku yakin giler, bila kita baru nak memperkenalkan diri dengan sistem pembelajaran pre-Uni ni, kita kan lebih terang dengan pilihan kita. Mata kita akan lebih terbukak. Sebab masa ni laa, kita akan tahu kebenaran level kita tahap mana.

Kita bertekad sangat nak jadi, contoh, psycologist, tapi rupa rupanya baru kita nampak susah pulak kita nak paham tindakan neuron neuron yang dekat dalam otak ni. Sibuk nak jadi sangat engineer tu tapi concept physics pun tak dapat nak score.

Adek, adek, 
Apa yang kita nak tak semestinya terbaik untuk kita. Apa yang kita tak nak, mungkin yang terbaek untuk kita.

Ayat femes orang guna:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                                                                                                                    [Al-Baqarah:216]

Kenapa Allah uji kita dengan dilema SPM macam ni? Sebab Allah nak tengok sejauh mana kita redha dengan ketentuan Dia. Istikharah dulu sebelum buat keputusan. Yakin dengan pilihan Allah. Itu yang terbaek. :)

Untuk yang aku tujukan post ni. Love you guys a lot a lot. 

Sekian. Chaw.

P/s: Contoh di atas banyak menjerumus kepada tidak mengambil sains, namun bukan itu yang aku maksudkan. Mesej yang dekat bawah bawah tu yang penting. Besarkan skop, bukan kecikkan. :)

Wednesday 20 March 2013

Approach tu biar betul.

Assalamualaikum lagi y'allsss!

Biarlah aku tebus ke-tidak-update-tan aku dengan menge-post beberapa pendapat aku. (Senyum, tak perlu kata apa apa.)

Oh, hari tu famili aku telefon (hari hari je aku kol). Lepas tu aku pun terdengarlah cerita tentang seorang lelaki yang menyukai seorang wanita, Tapi cara dia approach wanita tu salah. Dia terlalu selalu sangat kol dan mesej wanita tu tiap malam sampai wanita tu rimas. Dan sampai ambik tindakan tutup fon. Bila bukak balek, berlambak missed kol dan mesej unread.

Fuhhhh, kalau aku, aku pun rimas. Dengaq story tu ja pun aku dah rimaih.

Jadi aku pun nak bagilah pendapat aku.

Dek(sebab budak tu budak lagi dari aku),
Meh dengaq sini, akak nak bagitau ni.

Dalam Islam dek, paling penting mencintai Allah. Rasanya dah banyak kali adek dengar ni jugak. Once kita dah dapat mencintai Allah,Allah paling atas sekali dalam list cinta, insyaAllah, dengan senangnya kita akan dapat cinta seorang hamba yang jugak mencintai Allah seperti mana kita. Jadi dengan itu, kedua duanya boleh mencapai cinta Allah melalui diri masing masing.(Cehh, cakap macam dah pro tuuu.)

Bila adek suka seseorang, jangan terburu buru nak approach. Selidik dulu background dia melalui orang tengah. Sebab perasaan suka ni tak boleh bawak main main. Carik pasangan, kita mesti nakkkan seseorang yang kita nak bersama sampai syurga, insyaAllah. Takkanlah kita nak buat experiment dulu dekat seorang, kalau tak jadi try pulak dengan yang lain.(Ada pulak macam tu.)

Kalau dah berkenan dengan background dia. Boleh proceed dengan kenali diri dia dengan cara baek. Tapi tidak digalakkan dengan cara bercouple atau nak kontek hari hari.

Tak bestlah cara tu.

Nak tackle, kena dengan cara gentlemen. Orang tengah main peranan besar dalam perkara ni. Banyakkkan bertanya tentang dia melalui orang tengah, atau orang yang rapat dengan dia. Jangan nak main lantak je kontek bagai nak rak tiap tiap malam. Process mengenal hati budi laa konon. (Ye la sangat!) Kang rupa rupanya budak tu dah ada pakwe. Habes la engkau. Kalau kita tahu perkara ni dari orang tengah, boleh la kita back off baek baek.

Atau, kalau adek merupakan saf pimpinan dekat tempat belajar tu. Try ambik kesempatan tu untuk masukkan dia dalam AJK, tengok cara dia organize masa dan diri. Tapi nak diingatkan, niat dekat sini nak kena betul. Jangan mentang mentang dah ada nombor masing masing, saja ambik kesempatan nak kontek dia hari hari. Mungkin mesej yang datang pada mulanya berisi urusan program, tapi lama lama mesej, pandai pulak berderet ke isi yang lain. Elakkkan!

Bila dah rasanya nak ambil langkah untuk luahkan perasaan. Fikir dulu sebelum bertindak. Pada akak, bila kita nak meluahkan perasaan, kita dah bukak satu ruang dalam diri kita untuk memilih untuk bersama orang tu sepanjang hayat kita. Maksud akak, dah kenalah fikir, pasal tunang, kawen, nikah, jumpa ayah ibu dia semua. Kalau nak jumpa wali dia sendiri pun tak berani, baek simpan dulu hasrat nak meluah perasaan tu. Kang lepas luah perasaan, terjebak pulak dengan perkara yang kurang baek dilakukan. Bila rasanya dah ready, go ahead. Be my guest!

Oh btw, sebagai tambahan penting untuk benda macam ni. Bila kita nak luahkan perasaan dekat seseorang, pasti parents kita dah tahu pasal benda ni. Jangan letak parents kita dekat belakang untuk hal hal perasaan. Tak ke sedih mak bapak kita bila kita ketepikan dorang dalam hal macam ni.

Tup tup, tiba tiba kita kata kita nak kawen.

Tup tup, tiba tiba kita sedih semacam sepanjang minggu tu. Rupa rupanya putus cinta.

Parents pun jadi hairan. Tak ada pulak dengar cerita anak dia dah ada yang special.

Dek, bila kita sayangkan seseorang, mesti kita nakkan dia bersama kita masuk syurga. Jadi, janganlah melibatkan diri kita dan dia dalam perkara yang boleh membuatkan diri kita dan dia makin jauh nak melangkah ke Firdausi. 

Sayang, buat cara sayang. Suka, buat cara suka. Islam tu luas, semua perkara ada caranya.

Semoga ko dapatlah menjumpai seorang wanita yang memang tercipta untuk ko ye dek. Ko belum jumpa lagi. Mungkin cara ko tak betul.

Sekian. Chaw!

Where kesederhanaan will lead us to.


Assalamualaikum y'allsss!! :D
Giler laaa. Dah lama jugak(giler) tak update blog. Kuang. Kuang. Kuang. Apa boleh buat kannn.. (padahal boleh je update, malas tidak bersebab tu yang banyak menyerang.)

Sooooo, baru baru ni aku ada beli satu buku. Khalifah Umar Abdul Aziz.

Jadi? Motif aku beritahu korang aku baca buku ni?

Ni, ni, aku nak cakap pasal kesederhanaan. Err kesederhanaan ini sendiri bagi aku, tidak melebih lebih laa.

Bila bercakap tentang hidup, di mana mana pun kita perlukan sesuatu yang kita panggil sebagai berkat. BER-KAT.

Bila cakap tentang rezeki, sememangnya Allah yang bagi. Rezeki yang berkat, kalau pun ada sedikit, sememangnya akan cukup, siap boleh diagih-agih lagi kat orang lain. Tapi kalau dah tak berkat, kalau banyak lagu mana sekali pun, tak kan cukup aihh. Tak puas katanya.

Di sini, pada aku, kesederhanaan ter-apply.

Dah ada rumah besaq, toksah la nak berangan nak lagi yang lebih besaq.

Cukup sederhana dalam apa sekali pun. Tidak semestinya dari segi kewangan. Mungkin dari segi perangai. Tapi paling ketara dari segi kewangan laa. 

Bila kita tengok ayah Umar Abdul Aziz, Gabenor Mesir, Abdul Aziz. 

Ketika mana beliau meninggal dunia, wang sepeninggalannya untuk keluarganya cuma ada 7000 dinar emas sahaja. Sebagai Gabenor Mesir, tentu tentu sahaja sepatutnya beliau kaya dengan harta. Tetapi tidak pada Abdul Aziz. Kesederhanan beliau, menyedarkan beliau bahawa, duit baitulmal bukan untuk kegunaan beliau sewenang wenangnya. Baitulmal hak rakyat.

Sebaek contoh juga ada pada Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Semasa diangkat menjadi Amirulmukminin negara Islam, beliau tidak tinggal di istana yang dipenuhi keselesaan. 

Lebih selesa tinggal di rumah sendiri.

Menolak kenaikkan gaji. Mahu gaji yang seadanya sahaja.

Harta baitulmal, tidak disentuh sebarangan.

Nampak tak ketidak-melebih-lebihan dorang di situ? Sederhana giler hidup dorang. Sempoi. Hidup je. Tak rugi apa apa pun. Ibadah jadi lebih senang dan tenang.

Dari certain sudut kehidupan, kita ada dua pilihan. Kehendak atau keperluan. Dari dua pilihan ini, yang mana satu agaknya akan membawa kita lebih kepada Allah? Kebiasaannya memang keperluan yang akan membawa kita lebih kepada Allah. Kehendak ni biasanya untuk menambahkan semangat je.(Jersi bola lengan panjang!!!)

Perlu tahu nak pilih yang mana satu.
Keperluan. Sesuatu yang kita perlu untuk meneruskan hidup, yang sememangnya akan membantu kita untuk terus berusaha mendekatkan diri kepada Allah.
Kehendak. Sesuatu yang kita kehendaki untuk kononnya meneruskan hidup. Yang sememangnya boleh membantu meningkatkan semangat kita untuk terus dekat pada jalan Allah. Tapi kita tetap boleh lebih dekat pada jalan Allah kalau pun benda ni tak ada.

Try tengok balek diri kita.
Selama ini, kita lakukan semuanya untuk siapa?
Bersujud untuk siapa?
Berdoa untuk siapa?
Ibadah kita untuk siapa?
Dimana kesederhanaan kita?
Ter-apply-kah dalam hidup kita?
Dalam dakwah kita?
Ter-apply kerana sekadar rutinkah?
Or beyond that?

Ada orang hebat pernah cakap.

Jika kamu penat dalam kebaikan, maka penat itu akan hilang tetapi kebaikan itu akan kekal. Jika kamu berseronok dengan dosa, maka seronok itu akan hilang tetapi dosa itu akan kekal.

Ada ungkapan dari laman web ni.

Aku tidak selalu mendapatkan apa yang aku sukai, oleh sebab itu, aku selalu menyukai apa jua yang aku dapati.

Syukur dengan apa adanya.
Jadiiiii.. TOKSAH NAK BELANJA SAKAN SANGAT!

Harap mesej sampai di situ.

Sekian. Terima kaseh.