Telah lama hati ini dilatih,
Untuk jadi perisai cinta ajnabi,
Mahu membina satu keimanan teguh,
Hanya untuk cinta sejati Ilahi.
Namun,
Perisai hati ditembusi,
Saat mendengar kepetahan ilmu-ilmumu,
Perisai ini ditembusi sekali lagi,
Saat melihat ketegasan peganganmu.
Aku malu dengan Yang Esa,
Bila memikirkan selain dariNya,
Aku sedih dengan diri,
Bila berangankan seorang ajnabi,
Yang masih belum halal bagi diri.
Namun tidaklah aku menyalahkan cinta,
Kerana ia suatu fitrah manusia,
Aku didik diri untuk berdoa pada Ilahi,
Supaya beri yang terbaik untuk diri ini.
Tetap,
Aku malu dengan Yang Esa,
Bila memikirkan selain dariNya,
Aku sedih dengan diri,
Bila berangankan seorang ajnabi,
Yang masih belum halal bagi diri.
Jadi,
Ku kurangkan angan,
Ku banyakkan pengisian,
Supaya dapat menjadi yang terbaik
hanya untuk yang terbaik.
Belum sampai masanya,
Untuk aku luahkan semua,
Biarlah ia tersimpan rahsia,
Dalam hati yang masih hanya
milik ibu, bapa dan Dia.
Semoga Allah Redha, InsyaAllah.
P/s: Ahaks Uhui! 8) Sorry der, aku buat ni masa terfikirkan seorang yang tidak bernama. Harap ok.
No comments:
Post a Comment