Friday, 26 April 2013

Sudden karya : Ini pilihan aku.


Pemilihan pimpinan kini kembali,
Pabila mula naiknya bendera di jalanan,
Pelbagai perubahan kini dijanji,
Demi meraih walau satu undian.

Di laman sawang berlaku pedas perdebatan,
Pabila penyokong keras suarakan pilihan,
Untuk satu pangkah yang bakal merubah,
Mungkin ke arah kerajaan yang lebih indah?

Namun aku senyap dalam kekecohan,
Memikirkan segala kemungkinan,
Yang mana satu bakal menjadi kerajaan,
Pabila rakyat membuat pilihan.

Mungkin aku belum boleh mengundi,
Mungkin aku masih keliru lagi,
Tapi aku tahu sesuatu yang pasti,
Mahukan pimpinan khalifah bertakhta kembali.

Pimpinan khalifah yang sentiasa amanah,
Taat pada Rasulullah, takut pada Allah,
Kerajaan yang diisi indah,
Tidak lain selain dengan Al-Quran dan sunnah.

Ku bimbang di zaman teknologi,
Bingungkan rakyat yang tidak terisi,
Pengisian diri dan juga rohani,
Sehingga keliru memilih pimpinan untuk diundi.

Bolehkah Malaysia menjadi satu
kerajaan Islam yang sentiasa diseru
kerana percayakan saf pimpinan khalifah 
yang tidak mengamalkan politik murah.

Lima tahun pimpinan menjadi taruhan,
Saat pangkah dikira undian,
Perlunya rakyat membuat pilihan,
Demi saf yang memimpin barisan hadapan.

Namun aku tahu satu yang pasti,
Pimpinan Khalifah pasti kembali,
"Malaysia negara Islam yang sejati."
Bermain di bibir suatu hari nanti.

Akhir sekali,
Bila sampai masanya nanti,
Andai apa yang terjadi
bukan apa yang diingini,
Janganlah diri bersedih hati,
Kemenangan mungkin bukan kali ini,
Ada hikmah di sebalik semua ini.
Itu pasti.
Dengan izin Allah semuanya terjadi,
Saf pimpinan khalifah adalah sesuatu yang dinanti.
Itu juga sesuatu yang pasti.

Semoga Allah redha. InsyaAllah.

P/s: Aku tahu apa yang aku mahu. Itu pasti.  :) Harap maaf atas ketidak-indahan karya yang aku buat ni. Jangan tolak pimpinan yang boleh membawa kita menghayati Islam. Jangan jugak sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

No comments:

Post a Comment