Assalamualaikum geng! (Tajuk post aku memang tak bleh blah.)
Arghhh!!!! Kawan aku sorang lagi nak kawen!
Yaaa, mestilah aku happy untuk dia. Congrats Radik!
Tapi serius, aku memang takut nak dengar bab bab kawen ni datang masuk telinga kanan. Taknak pulak keluar ikut telinga kiri, nak juga masuk merayap masuk ke hati!
Bila dah merayap masuk hati, effect kat diri boleh sampai lebih seminggu woooo.
Bila lagi turn aku?! Ahaks.
Dah start dah berangan. Haisshhhh!
Hati hati dengan angan angan. Angan angan boleh bawak kita jauh berjaya, baek punya. Tapi boleh jugak jatuhkan kita sampai tersembam di tanah.
Angan angan itu baek bilamana ia dapat bawak kita untuk muhasabah diri.
Kurang baek bilamana kita terlalu berangan angan sampai lupa untuk mengingati Allah.
Hati hati, jangan sampai Allah cemburu dengan hati kita.
“Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”
[Ibnul Qayyim al-Jauziyah]
Cemburu Allah bukan tanda Dia lemah.
Cemburu Allah tanda sayang Dia pada kita.
Allah tak perlukan kita untuk Dia.
Tapi kita terlalu sangat perlukan Allah dalam hidup kita.
>>Dia faham kalau kita mempunyai rasa cinta sesama mahkluk malah Dialah yang menganugerahkan perasaan cinta itu. Ianya membelai setiap hati tanpa ada siapapun yang terkecuali. Namun, Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat keagungan cinta.
Firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165).
“Mereka mencintainya sebagaimana atau sama dengan mereka mencintai Allah,” Inilah yang dimaksudkan meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana lebih memberi perhatian, fokus dan kesediaan berkorban kepada makhluk, bukan kepada Allah.
Namun, jika mencintai makhluk kerana Allah, bukan bersama Allah, ia adalah perkara fitrah yang boleh menghantar kepada redha Allah jua.<<
Pastikan, sebaek baeknya angan angan kita boleh bawak kita untuk muhasabah diri.
Apa yang diangankan?
Boleh ke bantu kita untuk dapat redha Allah?
Boleh ke bantu kita untuk dapat redha Allah?
Siapa yang diangankan?
Dapat ke dia bawak kita lebih dekat dengan Allah?
Dapat ke dia bawak kita lebih dekat dengan Allah?
Kenapa berangan?
Iman kita maseh dah terlalu kuatkah untuk berfikir lebih lebih selain dari Allah?
Boleh bawak kita lebih pada Islam keeeee?
Iman kita maseh dah terlalu kuatkah untuk berfikir lebih lebih selain dari Allah?
Boleh bawak kita lebih pada Islam keeeee?
Muhasabah diri balek laa weyhh.
Iniuntukaku.
Thanks.
Chaw.
Semoga Allah redha.