Tuesday, 30 April 2013

Usrah Jumaat: Member yang baek


Assalamualaikum geng!

Hari Jumaat hari tu ada plan untuk buat pengisian dengan bebudak kolej. Tapi..
Tapi takpe, aku kongsikan info yang nak disampaikan tadi kat sini je kot.

(Sori, post kali ini agak panjang, since benda ini di-prepare untuk pengisian tadi)

So hari ini aku nak kongsi pasal Kelebihan berada dalam kalangan sahabat yang baek mahupun sekadar orang biasa yang baek.

Sekarang ni, dah banyak penghijrahan dan perubahan diri berlaku. Dan sebenarnya, untuk berubah menjadi lebih baek, salah satu syaratnya adalah dengan mempunyai sahabat yang baek.

Tapi manusia ni selalu bagi alasan bila kita nak berubah. Suka nak melambat lambatkan perubahan.

"Rasa macam diri ni tak layak nak berkawan dengan kau laa. Aku ni dah terok sangat dah ni."

"Kau ni baek sangat. Aku ni dah banyak gilerrrrr buat dosa, tak layak nak dekatkan diri dengan kau."

AAAAAAAHHHH! Alasan apakah ni?(tampar dahi tu sikit)

Kalau setakat nak terus bagi alasan, memang makin slim la peluang nak mempercepatkan perubahan. 

And lets get to the real stuff here,

Kenapa kita perlu ada berada dalam kalangan sahabat yang baek atau orang yang baek baek?

Allah perintahkan kita untuk berada dalam kalangan orang yang baek baek.

"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar."
                                                                                                                                                                                     [At-taubah: 119]

Dan dalam surah Al-Kahf:28 pun Allah dah pesan untuk kita ni terus berada dalam kalangan yang baek baek. Then, jangan pulak atas sebab sebab dunia, kita sanggup pulak nak tinggalkan member member yang macam ni. 

Lame gilerr laa kalau kita nak tinggalkan member demi dunia thingy yang belum tentu boleh bantu akhirat kita. Sebab member tak sokong parti pimpinan yang sama dan selalu sangat post pasal kepastian kemenangan parti dia kali ni, terus laa kita dah taknak kawan. Kecik hati konon.

Contoh yang baek punya kita boleh lihat pada persahabatan Rasulullah dan sahabat sahabatnya yang diredhai. Selepas dorang beriman, dorang dah tak bergaul dah dengan masyarakat arab jahilliyah kan?

Apa kelebihan ada member member baek macam ni?

1: Jadi member dengan member yang baek tu sendiri adalah satu perbuatan yang baek. 

Dan insyaAllah, perbuatan yang baek, dengan kuasa Allah, mungkin boleh menghapuskan perbuatan yang tak berapa nak baek yang kita pernah buat dulu. Tapi pahala dosa ni kerja Allah, kita takda kuasa. Dan mempunyai member yang baek, pun boleh jadi satu hasanah dalan kehidupan.

"Wahai Tuhan kami, berikan kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan peliharalah kami akan azab neraka"
                                                                                                                                                                                    [Al-Baqarah:201]

2: Sebab untuk Allah jadikan kita seperti geng yang baek tu walaupun pada awalnya amalan, akhlak dan peribadi kita mungkin belum menyamai amalan, akhlak dan peribadi dorang.

Okay. Perumpamaan paling senang dan paling klishe sekali >>> Tukang besi dengan saudagar minyak wangi.

"Diumpamakan rakan yang soleh  dan rakan yang jahat adalah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
                                                                                                                    [Hadis Bukhari daripada Abu Musa al-Asy'ari]

Yelah kan. Dengan jadi member dengan budak budak baek ni, insyaAllah sikap dia lama kelamaan akan terpalit pada kita dan kita pun secara tidak langsung secara slow slow menjadi lebih baek jugak. Kan mendatangkan keuntungan untuk kita di situ. 

Sama laa dengan bilamana kita berkawan dengan budak budak yang tak berapa nak baek. Free free dapat kerugian. Ya, ya, mungkin korang kan cakap, bukannya korang jadi macam dorang pun. Tapi biasanya bila kita dah berada dalam satu geng. Bila sorang buat salah, satu geng kena cop!

3: Beroleh keberkatan.

Statement 1 - Obviously laa kan, kita tengok orang yang baek baek ni biasanya dia akan pergi ke majlis majlis ilmu, taman taman syurga.

Statement 2 - Dan obviously jugakkan bila kita berada dalam satu geng, kita akan kebanyakkan masanya lepak mana mana pun bersama.

Statement 1 + 2 = Bilamana ada at least sorang dalam geng tu yang suka pergi ke majlis majlis ilmu, budak budak yang lain pun akan ikut. Dan, bukankah orang yang menghadiri majlis ilmu dan zikir itu akan dihapuskan dosa-dosanya oleh Allah meskipun kehadirannya ke majlis ilmu itu atas maksud dan keperluan yang lain.

Sebab nak kumpul merit kolej mungkin?
Sebab budak budak kolej yang satu lagi banyak pergi, jadi nak try try carik calon pasangan yang baek mungkin?
Mungkin. Aku cakap mungkin.

Walau sesiapa atau apa sekali pun yang bergaul dengan orang yang baek baek, dorang akan mendapat berkatnya. Walaupun, dorang itu adalah seekor anjing. Ingat sirah Ashabul Kahfi?

"Sesiapa yang mencintai orang orang yang berbuat kebajikan, maka dia akan mendapatkan berkatnya. Bahkan, seekor anjing yang mencintai dan menemani pembuat kebajikan sekalipun Allah abadikan dalam ayat ayat suciNya. Anjing tersebut adalah anjing Ashabul Kahfi yang tersebut dalam surat al-Kahf."
                                                                                                                                   [Abul Fudhail al Jauhari rahimahullah]

4: Beroleh teladan dan nasihat peringatan.

Mencari member yang baek merupakan suatu kewajipan dan kemestian. Sebab, teman yang baek:
>> menunjukkan kita ke arah kebaekkan dan ketakwaan.
>> berkongsi rasa dalam melakukkan kebaekkan.
>> motivate agar lebih giat dan konsisten beribadah.
>> mengingatkan kita supaya menghindarkan diri daripada perbuatan yang hina, rendah lagi dilarang agama.

5: Dapat mengubat hati.

Ubat hati ada lima:
>> membaca Al-Q sekaligus mentadabbur maknanya.
>> solat qiyamullail.
>> berzikir pada malam hari.
>> perut dalam keadaan lapar
>> bergaul dengan orang orang soleh.

Empat perkara yang menggelapkan hati:
>> perut yang terlalu kenyang.
>> bergaul dengan orang yang berbuat dosa.
>> tidak insaf dengan dosa dosa lalu.
>> panjang berangan angan.


Thats it. Sebab itu kita kena memilih unutk berada dalam geng yang betul. Semoga dengan itu allah redha dan baek untuk dunia dan akhirat kita.

Sedikit penambahan sebelum tutup post.

Syeikh Abdul Samad al-Falambani rahimahullah dalam kitabnya yang masyhur, Sairus Salikin jilid 2, menggariskan tiga kriteria dalam memilih kawan iaitu:

1. Jika kamu melihat wajah mereka maka kamu akan teringat akhirat. Justeru, kita disarankan melihat wajah orang soleh atau ulama agar kita selalu teringatkan akhirat, lantas bersemangat untuk melakukan perubahan diri.

2. Jika kamu mendengar kata-kata mereka maka kamu akan terpengaruh atau terangsang untuk menambah amal kebaekkan disebabkan nasihat nasihat mereka.

3. Jika kamu melihat perbuatan mereka, kamu akan berasa gemar kepada akhirat disebabkan amalan mereka itu.


P/s: Oh oh, lupa pulak nak beritahu. Orang orang yang korang cop baek ni, bukannya maksum tau. Dorang pun manusia jugak, jadi dorang pun akan buat salah sekali sekala mahupun berkala kala. Jangan sebab kesalahan tu korang terus dah tak nak geng dah. Dan terus cop geng geng yang sewaktu denganya pun begitu jugak.


Isi diambil daripada buku Syurga Merinduimu: Amaluddin Mohd Napiah

Semoga Allah redha. InsyaAllah.
Chaw. Terima kaseh

Friday, 26 April 2013

Sudden karya : Ini pilihan aku.


Pemilihan pimpinan kini kembali,
Pabila mula naiknya bendera di jalanan,
Pelbagai perubahan kini dijanji,
Demi meraih walau satu undian.

Di laman sawang berlaku pedas perdebatan,
Pabila penyokong keras suarakan pilihan,
Untuk satu pangkah yang bakal merubah,
Mungkin ke arah kerajaan yang lebih indah?

Namun aku senyap dalam kekecohan,
Memikirkan segala kemungkinan,
Yang mana satu bakal menjadi kerajaan,
Pabila rakyat membuat pilihan.

Mungkin aku belum boleh mengundi,
Mungkin aku masih keliru lagi,
Tapi aku tahu sesuatu yang pasti,
Mahukan pimpinan khalifah bertakhta kembali.

Pimpinan khalifah yang sentiasa amanah,
Taat pada Rasulullah, takut pada Allah,
Kerajaan yang diisi indah,
Tidak lain selain dengan Al-Quran dan sunnah.

Ku bimbang di zaman teknologi,
Bingungkan rakyat yang tidak terisi,
Pengisian diri dan juga rohani,
Sehingga keliru memilih pimpinan untuk diundi.

Bolehkah Malaysia menjadi satu
kerajaan Islam yang sentiasa diseru
kerana percayakan saf pimpinan khalifah 
yang tidak mengamalkan politik murah.

Lima tahun pimpinan menjadi taruhan,
Saat pangkah dikira undian,
Perlunya rakyat membuat pilihan,
Demi saf yang memimpin barisan hadapan.

Namun aku tahu satu yang pasti,
Pimpinan Khalifah pasti kembali,
"Malaysia negara Islam yang sejati."
Bermain di bibir suatu hari nanti.

Akhir sekali,
Bila sampai masanya nanti,
Andai apa yang terjadi
bukan apa yang diingini,
Janganlah diri bersedih hati,
Kemenangan mungkin bukan kali ini,
Ada hikmah di sebalik semua ini.
Itu pasti.
Dengan izin Allah semuanya terjadi,
Saf pimpinan khalifah adalah sesuatu yang dinanti.
Itu juga sesuatu yang pasti.

Semoga Allah redha. InsyaAllah.

P/s: Aku tahu apa yang aku mahu. Itu pasti.  :) Harap maaf atas ketidak-indahan karya yang aku buat ni. Jangan tolak pimpinan yang boleh membawa kita menghayati Islam. Jangan jugak sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Monday, 22 April 2013

Sudden karya : Hati dan Diri.


Telah lama hati ini dilatih,
Untuk jadi perisai cinta ajnabi,
Mahu membina satu keimanan teguh,
Hanya untuk cinta sejati Ilahi.

Namun,
Perisai hati ditembusi,
Saat mendengar kepetahan ilmu-ilmumu,
Perisai ini ditembusi sekali lagi,
Saat melihat ketegasan peganganmu.

Aku malu dengan Yang Esa,
Bila memikirkan selain dariNya,
Aku sedih dengan diri,
Bila berangankan seorang ajnabi,
Yang masih belum halal bagi diri.

Namun tidaklah aku menyalahkan cinta,
Kerana ia suatu fitrah manusia,
Aku didik diri untuk berdoa pada Ilahi,
Supaya beri yang terbaik untuk diri ini.

Tetap,
Aku malu dengan Yang Esa,
Bila memikirkan selain dariNya,
Aku sedih dengan diri,
Bila berangankan seorang ajnabi,
Yang masih belum halal bagi diri.

Jadi,
Ku kurangkan angan,
Ku banyakkan pengisian,
Supaya dapat menjadi yang terbaik
hanya untuk yang terbaik.

Belum sampai masanya,
Untuk aku luahkan semua,
Biarlah ia tersimpan rahsia,
Dalam hati yang masih hanya 
milik ibu, bapa dan Dia.

Semoga Allah Redha, InsyaAllah.

P/s: Ahaks Uhui! 8) Sorry der, aku buat ni masa terfikirkan seorang yang tidak bernama. Harap ok.