Friday, 2 November 2012

[An-Nur:26]

Assalamualaikum y'all!! :D

"Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
      
                                                                             [An-Nur:26]

Terkejut?! Kenapa aku tetiba nak cakap pasal ni?!! Haha. Sekadar cadangan dari pemilik sebaris nombor digi yang henfon aku tak detect nama dalam list phone number yang aku save. Sooo aku tak tahu pemilik nombor tu. 

"An-Nur:26, mungkin untuk penulisan seterusnya."

Aku bukanlah seorang yang cukup baek untuk explain ayat tu. Tapi pemahaman aku adalah berdasarkan pengetahuan am yang aku ada setakat ni. Bukan nak buat tafsiran ok? Okeyh? (Jadi, pemilik nombor tu, sori kalau explaination tidak mencapai sasaran. Huhu) [updated on 4/11/2012>>>>] Jadi sila jangan terima bulat-bulat tanpa check balik dengan tafsir tafsir ulama' yang lebih arif tentang hal ini.

p/s: Before tu, aku rujuk buku ni : IBT, 'Abdullah Yusuf 'Ali, The Meaning of The Holy Quran: Text Translation and Commentary.

Oookkkkk, nak start dari mana? (Tak tahu nak masuk intro macam mana.)

Sekali imbas, sure sure punya kita faham apa yang dimaksudkan oleh ayat ni. Ustaz aku dulu pernah explain benda ni macam ni. 

"Lebih kurang macam ni lah. Orang yang pernah kapel sekali, akan bertemu dangan orang yang pernah berkapel sekali jugak." Stress out the "lebih kurang" term. Sebab teori ni tak semua pasangan boleh pakai. Sebab aku pernah jumpa orang yang pernah kapel berkali-kali, bernikah dengan budak baek, yang tak pernah kapel. Semoga mereka pasangan jodoh sampai syurga. 

Sekali lagi, sekali imbas kita akan paham yang, perempuan x berapa nak baek dengan lelaki yang tak berapa nak baek, lelaki yang baek dengan perempuan yang baek. Macam tu lah kan. Tapi jangan kita stress out kepada isi tersurat, kita buta, tak nampak isi tersirat.

Kita hairan macam mana orang yang jahil boleh bertemu jodoh dengan orang yang baek giler.
Bukan Allah kata yang kurang baek dengan yang kurang baek, yang baek dengan yang baek ke?

Jangan biar kesilapan atau history hidup seseorang mempengaruhi judgement kita pada seseorang tu. Mungkin sahaja dulu dia pernah berkapel dengan banyak orang tapi perubahan yang dia buat pada diri dia selepas itu (boleh dikatakan) menyamatarafkan diri dia dengan orang yang tak pernah berkapel sebelum ni. Ok, taknak guna pasal kapel? Fine! Kita boleh guna pasal kejahilan. Mungkin saja dia dulu jahil giler giler, solat pun tidak, tapi perubahan yang dia buat pada diri dia sendiri, kualiti solat-solat yang dia buat, boleh membuat dia sekufu dengan orang yang tidak jahil tu. Tak kiralah dia berubah sebelum atau selepas berjumpa dengan pasangan dia.

Nampak tak situ? Mata, hati dan diri kita sendiri ni bukan boleh judge orang macam cara Allah judge orang. Kita tak nampak apa yang Allah nampak betul tak? Tahap yang kita nampak, tak sama dengan tahap yang Allah nampak pada orang tu. 
                     
Itu saja? Oh tidak! Baca balik firman Allah tu. Ada second part yang kita kena faham.
"...Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolah keampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"

Sedar tak sedar aku cuma explain pasal orang yang kurang baek berubah jadi baek. Betul tak? Kenapa aku tak story pasal orang baek berubah jadi kurang baek? Logically, siapa yang nak jadi kurang baek kan?

Bilamana benda yang kurang baek cuba untuk mengubah orang yang cukup baek, orang yang cukup baek ni (sepatutnya) sudah ada satu shield yang akan lindungi diri dorang sendiri dari benda benda macam ni. Segala benda yang tidak baek yang cuba untuk mengubah dorang just will make them advance their real life. Segala tuduhan terhadap dorang cuma kan buat mereka lebih kuat.

"Forgiveness for any indiscretion which they may have innocently committed, and spiritual provisions of protection against the assaults of evil. It is also meant that the more evil ones attempt to defame or slander them , the more triumphantly will they be vindicated and provided with the physical and moral good which will advance their real life." (The Meaning of The Holy Quran: Text Translation and Commentary, By 'Abdullah Yusuf 'Ali, page 724.)

Harap harap explaination berbaloi untuk dibaca. Chaw!

p/s: To my dear girlfriend, thanks for being an understanding person. Ayat pada post yang sebelumnya bukanlah bermaksud untuk menguris hati siapa-siapa. :) Love u, girlfriend.

Losing is something that we can accept, but it is hard to believe.


Assalamualaikum again. :D
Yesterday, I was given a chance by Allah to actually finally hanging out with my long no meet cousin!!! Alhamdulillah. Thanks Allah! We played bowling and he said mesti ramai yang tengok pelik sebab budak tudung labuh main bowling woooo! (Hello!! Ingat budak tudung besar tak boleh main boling ke? Kitorang kena duduk masjid saja ke?) Lepas tu, kitorang pergi ambik Pak Long dekat ofis, pergi tengok rumah, pergi makan. Syok giler la semalam. A wonderful evening, worth of my spent time!

We do have things in common generally.
1. Same age.
2. Same SPM result
3. Latestly, both of us had lost a parent. Me, my dad, him, his mom. :D

We've move on. So we enjoy our lives laaaa!!
Alaa, memang la kita akan selalu teringat dengan yang dah takda sebab bukan senang nak percaya. Nak terima, redha memang boleh. Tapi nak percaya tu ambik masa la sikit. Tapi takkan kita nak selalu meratap sayu pemergian seseorang and not moving forward kan?

"Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar"
                                                                                                                                       [Al-Baqarah:153]

Apa yang kita boleh buat sebagai anak? Kita boleh menjadi anak-anak yang soleh dah solehah dan sentiasa mendoakan arwah yang dah takda kann?? :D Doa anak-anak soleh dan solehah insyaAllah boleh bantu arwah di padang mahsyar kelak. (okeyh cuzzy?!)

Ambik masa untuk sentiasa muhasabah diri. Kematian sebenarnya pengajaran untuk yang maseh hidup ni. Ajal boleh datang bila-bila masa. Orang yang sebelah kita hari ini, tetiba boleh pergi keesokkan harinya. 

"Orang yang paling cerdik sekali ialah orang yang sentiasa ingat akan kematian"

One day kita pulak yang akan tinggalkan orang. tapi sebelum tu jangan lupa kumpul saham banyak-banyak. Saham kita bukan berdasarkan kuantiti, tapi kualiti. 

"Allah tak tengok hasil. Allah tengok usaha kita!"

Thursday, 1 November 2012

Some stories you tell, some stories you don't.

Assalamualaikum y'all! (Waaddduuuuppp?!)


Hari tu ada keluar dengan geng-geng matrik. Kitorang pergi Midvalley. 
Then, masa tengah tunggu KTM kat terminal bawah tu, my girlfriend said something about other Jay Peeps (JPP matrik) keep on open up, tells her their stories.
Aku yang dengar hanya tersenyum saja. Mungkinkah sebenarnya dia juga mahu aku untuk open up dekat dia? Menceritakan sesuatu yang dia nak dengar? Atau sekadar perasaan aku sendiri saja? Hmmmm. Still I chose to keep my mouth shut at that time. Hehe

Bukan semua story kita boleh cerita kat orang betul tak?
Ada sesetengah yang kita perlu simpan sendiri, even dengan kawan rapat, baik sendiri pun kita tak cerita.

Kita kenal kawan kita siapa. Especially orang yang kita kenal basic perangai dia macam mana. 

Aku assume, aku assume sekiranya, sekiranya yaa, if dia nak aku open up, ada satu cerita ni yang aku rasa dia nak sangat dengar. Satu incident..
Tapi aku tahu, kalau aku cerita pun benda ni, benda ni akan jadi berat sebelah dan tidak akan berpihak pada aku. Aku ada reason aku sendiri why I made the incident happen. Daripada cara dia bercakap tentang incident tu, aku tahu kalau aku cerita betul-betul pun, benda ni at the end still akan jadi berat sebelah. Trust me, I've tried to explain with only some intro for my explaination. The response that I got seems like berat sebelah to me. So I chose to shut my mouth up again.

Akan ada satu point dalam hidup kita, bila sesuatu terjadi, all we have to do is making the incident a starting point untuk kita muhasabah diri balik. Jangan menyesal dangan apa yang berlaku. Sebab apa yang berlaku insyaAllah akan jadikan kita lebih baek. 

That is exactly what I did with my life now.

Gembira! Bilamana Allah bagi kita sesuatu yang boleh menyedarkan kita untuk jaga hati kita dengan lebih baek. 

Happy giler! Bilamana kita rasa Allah bagi kita kesempatan untuk sempat menjaga hati kita.

Alhamdulillah!

Yaaaa, semuanya sebab hati.

Friday, 5 October 2012

Imam kau.

Assalamualaikum bros and sis(es?)!!

Selalu jugak aku tengok kawan-kawan aku yang dah ada boyfren dengan girlfren ni post pasal menjadi imamku dan makmumku.

"Semoga dia menjadi imamku. Memimpin solatku, jalanku.."
"Jika dia lah makmumku, blah blah blah.."

Satu pengajaran yang aku dapat sepanjang aku hidup. Baek korang jangan nak berangan nak dia jadi imam korang kalau dia sendiri pun belum pernah jadi imam untuk keluarga dia, ibu bapak dia (mungkin boleh masukkan dalam ciri-ciri suami semasa tengah consider calon-calon? waaddduuuppp!!). Kesungguhan menjadi imam kita dapat tengok dia situ. Nak jadi imam kita tapi tak pernah jadi imam ibu bapa dia?! Ermmm macammm mannaaaaa tuuuuu...

Aku memang lebih tekankan tanggungjawab benda macam ni pada lelaki. Sebab memang tanggungjawab lelaki tu besar. Aku ada satu teori. Perempuan ni dia akan cari calon yang dia rasa boleh pimpin dia tak kira lah diri dia sejahil atau sewarak mana pun. Lelaki yang sebaek dan sekurangbaek mana sekali pun akan start serius bila dia rasa dah bersedia untuk memimpin. Nak memimpin bukan kerja senang, bukan boleh bawak main-main pun kann. Jangan sampai kena label lelaki dayus. (Mungkin sebab tu dorang selalu cakap, tak sedia lagi?)

Lelaki yang mahu memimpin, akan sentiasa mempersiapkan diri. Tidak akan bagi harapan yang akan layu.
~Harapan! Harapan menjadi laaaayuuuu~
Tapi still takkan biar diri kedua-duanya melepasi garisan yang sudah disediakan until the right time has come.

Yang makmumnya ni pulak. Bila dorang dah rasa secure, dorang akan sentiasa mengharapkan situasi diri dorang dipimpin. Jadi dorang pun akan post, status-status yang macam kat atas tadi. Come on, grow up. Consider this important thing seriuosly so that it wont sound like a piece of crap. Choose your imam carefully (jodoh dari Allah insyaAllah the best!)!
Guys, lead you makmum amazingly(?)! Make sure you are A leader before you wannabe THE leader.

Chaw!

Tuesday, 2 October 2012

Seek for your death.


Assalamualaikum y'all!

Hari tu, masa aku baca terjemahan Al-Q, aku terjumpa dengan ayat ni.

"Katakanlah "Jika kamu (menganggap bahawa) kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisi Allah, bukan untuk orang lain, maka cita-citakanlah kematian(mu), jika kamu memang orang yang benar."

                                                                                                                                    [Al-baqarah:94]

TERSENTAP WEYH!!! Giler memang aku tersentap.

CITA-CITAKANLAH KEMATIANMU!!

Ambik kau! Do you dare seeking your own death?!
Dah sedia nak mati? Sumpah, aku tak sedia lagi weyh. Dikatakan liang lahad itu sebenarnya salah satu taman syurga. Tapi bolehkah liang lahad kita menjadi taman syurga buat kita? Dah cukupkah saham kita untuk kita bersedia nak mati?

Orang yang bertaqwa takkan takut mati bro. Malah menunggu saat kematian tu datang (sepatutnya kita pun perlu macam ni). Tapi taqwa dengan iman ni bukan kita dapat ukur macam kira kacang. Allah saja yang tahu tahap mana iman dan taqwa kita. Kita selalu buat assumption yang orang yang selalu buat kerja agama ni, iman dan taqwa dia tinggi. Yang pakai hentah hape-hape tu, macam tak ada taqwa langsung. Hidayah ni hak Allah, siapa tahu suatu hari yang pakai hentah hape-hape tu, akan menaikkan nama Islam di mata dunia. Kannnnnnn manalah tahukannnn.

Ehhhh macam dah tak masuk tajuk pulak dahhhh (ye ke?).

Saham kita untuk kampung akhirat kelak is pahala and dosa. Pahala and dosa ni pulak hanya Allah yang tahu. Kita selalu tengok perbuatan yang baek will earns us rewards, bad deeds will earns you sins.
Tapi pada kiraan Allah, belum tentu benda tu akan jadi macam tu. Who knows?! Disebalik kebaekan fizikal yang kita nampak, ada kejahatan rohani yang konfem kita takkan nampak? Again, who knows?! Allah knows laaa!!

Amalan kita banyak belum tentu boleh jamin kita masuk syurga. Jangan sebab amalan kita banyak kita dah rasa dah cukup saham untuk bawak mati. Jangan pernah rasa cukup. Bahaya giler perasaan tu. Sebab kalau kita rasa cukup tapi sebenarnya saham kita belum cukup, lepas tu kita dah tak buat good deeds lagi, lepas tu time kita dah sampai (ajal la tuuu). Pada logiknya, mungkin akan mengugat keadaan kita untuk masuk syurga? Mungkin? Wallahualam laaa kann.

Kita mahukan kematian yang sakinah, husnulkhotimah. Pastikan jugak apa yang kita buat masa kita hidup boleh menyumbang kepada keadaan kematian yang kita harapkan. Moga-moga semua kita umat islam akan mati dalam keadaan yang beriman.

Semoga isi sampai. Chaw!

p/s: sebenarnya nak sekadar kongsi ayat 94 surah al baqarah tu je, tp saje bizi bizi tekan keypad nak suruh nampak panjang.

Friday, 21 September 2012

Hijab can take many forms.


            
“Hijab can take many forms”

Statement ni tak salah. Malah yang paling aku sokong. Sememangnya hijab itu adalah sesuatu yang kita pakai untuk menutup aurat kita yang dari pandangan orang sekarang hanya sekadar rambut sekali gus kepala kita. So pakai lah semua jenis fesyen tudung sekali pun, yang penting menutup aurat. Tapi aurat(yang perlu di tutup dengan tudung ni) sebenarnya dari mana ke mana?
          
Dalam surah An-Nur ayat 31. Allah bagitau kat kita supaya wanita-wanita yang beriman ini melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada. So labuhkanlah tudung sampai paras dada. And, and, seriously guys, bukak sikit minda tu. Labuhkan tudung tu bukanlah aku nak suruh korang pakai tudung besar bidang 50/60 tu. Like, seriously? Itu je ke definisi tudung labuh yang korang tau?
          
Seriuosly talking guys, maksud melabuhkan tudung adalah memakai tudung yang menutup dada tu. Pakai tudung ekin tu pun boleh yang penting tutup dada. Kira tudung labuh la tu. Dan, dan jangan pulak pakai yang takat takat ngam ngam tutup dada, tapi bila angkat tangan, ternampak pulak bahagian dada tu. Haaaa tu maksudnya tak cukup labuh lagi la tu. Labuhkan lagi skit sampai bila angkat tangan, dada tu tak nampak. InsyaAllah, korang akan termasuk dalam golongan orang yang bertudung labuh. And bagi yang pakai tudung bawal, pastikan tudung tu tak jarang sampai menampakkan bahagian leher. leher pu dalam kategori aurat part kepala jugak. So pakai tudung dalam. Inner tudung, cover leher.
       
So sekarang ni boleh la pakai tudung apa sekali pun, fesyen apa pun, tapi ubah skit gaya, bagi tutup dada. Pakailah tudng kilat yang Yuna selalu pakai tu. Pakailah pashmina yang macam-macam corak tu. Pakailah tudung ekin yang banyak manic-manik tu. Macam ada orang cakap, pakai tudung tu tak wajib, tapi menutup aurat tu yes! Wajib! macam dalam gamba tu, siap pakai kotak lagi nak tutup aurat dia. Haaaa tu pun bleh ape. Nak pakai baldi pun boleh, kalau ada yang muatlah.

Kalau dah tau macam tu kenapa dorang tetap suka pakai tudung besar tu?

Sebab dorang nak amek jalan yang konfem selamat. Yang konfem akan menutup dada mereka. So dorang pilih untuk guna tudung yang besar-besar tu. Boleh je kalau dorang nak mempelbagaikan fesyen tudung dengan tudung besar tu. Kalau dorang nak. Tapi maseh lagi menutup dadalah.

“Pelbagai fesyen tudung tak semestinya dapat melabuhkan tudung, tapi dengan melabuhkan tudung semestinya dapat mencuba pelbagai fesyen tudung.”

Still, kita boleh nampak cantek, boleh tutup aib, takkan ketinggalan dengan kawan-kawan dalam bab fesyen. Ish, ish, ish, niat utama kita jangan pulak lupa, menutup aurat kerana nak kan redha Allah. BIla kita tangok cermin time nak set set tudung tu, doalah: “Ya Allah, sempurnakan akhlakku seperti mana Engkau semprunakan kejadianku”.

Semoga isi sampai. Wallahualam. 


P/s: Sebenanya aku tak berkenan bila orang kata aku ni bertudung labuh. Aku lebih suka term tudung besar. Aku pun tak tau kenapa aku lebih suka term tu. Mungkin sebab sebelum ni aku pun bertudung biasa tapi aku labuhkan, dan sekarang aku bertudung besar yang dah konfem labuh. So aku kurang selasa bilamana orang label aku tudung labuh tapi kawan-kawan aku yang juga melabuhkan tudung tapi pakai tudung yang kecik skit dari aku dorang tak label plak. Paham tak apa yang aku try sampai kan? Aku tak suka bila orang sempitkan memikiran dorang yang tudung labuh adalah dorang dorang yang pakai tudung bidang 50/60. Bukak minda skit.